Thursday, October 4, 2012

MDeC intai usahawan teknologi muda

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mdec-intai-usahawan-teknologi-muda-1.91219

Published: October 04, 2012

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) akan memberi tumpuan kepada usahawan teknologi muda di dalam negara bagi membantu mereka mengembangkan operasi mereka ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Pengarah program dimensi ekonominya, Bill Chin berkata MDeC akan terus membantu usahawan menunjukkan inovasi mereka.

"Usaha-usaha kerajaan untuk membantu usahawan teknologi di masa hadapan akan tertumpu ke arah membantu mereka mempromosikan inovasi atau perkhidmatan dalam pasaran serantau dan antarabangsa," kata beliau di satu forum yang dianjurkan boleh Google Malaysia di sini hari ini.

Selain daripada Chin, ahli panel lain ialah Bikesh Lakhmichand (ketua pegawai eksekutif ITrain Sdn Bhd), Reza Razali (pengasas Terato Tech) dan Tham Keng Yew (ketua pegawai eksekutif Social Walk). - Bernama

No comments: