Thursday, October 25, 2012

1Azam Beri Manfaat Kepada 90,043 Keluarga Berpendapatan Rendah

PETALING JAYA, 24 Okt (Bernama) -- Seramai 90,043 keluarga berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada Program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) sejak ia dilaksanakan pada 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=704601
Published: October 25, 2012

Beliau berkata berdasarkan pemantauan kementerian, kira-kira 85 peratus peserta program itu menunjukkan kemajuan memberangsangkan.

"Peserta yang menunjukkan prestasi, dapat menambah pendapatan lebih RM300 ke atas sebulan. Selebihnya, masih belum menunjukkan pencapaian dan antara faktornya ialah tidak mempunyai motivasi untuk memulakan perniagaan sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Alumni Jahitan Kreatif Epal 1Azam (PAJK) dan Padanan Perniagaan di Subang Jaya dekat sini, Rabu.

Namun, Heng berkata pihak kementerian akan terus memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan yang masih belum berjaya itu supaya mereka lebih bersemangat memajukan diri sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selain itu, katanya kementerian telah memperuntukkan RM140,230,000 kepada 28,046 peserta Azam Niaga dan Azam Khidmat.

-- BERNAMA

No comments: