Friday, October 12, 2012

Brand Transformer bantu PKS

Brand Transformer bantu PKS
Mukhriz (kiri) menerangkan konsep dan kelebihan Brand Transformer 
kepada Raja Nazrin (dua, kanan) selepas majlis pelancarannya, di Seri Kembangan, semalam.

SME Corporation Malaysia (SME Corp) yakin dapat menarik 1,500 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi Program ‘Brand Transformer’ yang baru dilancarkan semalam.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/brand-transformer-bantu-pks-1.93797
Published: October 12, 2012

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, SME Corp dan rakan penyumbang iaitu SIRIM Berhad, Limkokwing University of Creative Technology (LUCT), Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC), MyIPO, dan Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) akan mengadakan sesi jelajah ke 25 lokasi seluruh negara.

“Objektif utama Brand Transformer adalah untuk menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan pembungkusan, penjenamaan dan pensijilan terutamanya kepada PKS di kawasan luar bandar.

“Kami telah menyediakan pelbagai program seperti seminar dan bengkel latihan untuk membantu golongan PKS memajukan perniagaan mereka,” katanya selepas majlis Malaysian Brand Forum 2012 dan pelancaran Brand Transformer yang disempurnakan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Seri Kembangan, semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, program Brand Transformer yang mesra rakyat ini dilihat selari dengan pelan induk PKS kerajaan 2012-2020 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Kebanyakan PKS biasanya berdepan cabaran paling utama iaitu modal dan tidak terdedah dengan akses kepada pasaran. Kadang kala, sesebuah produk itu bagus tetapi pengusaha tidak tahu bagaimana untuk mengetengahkannya dengan cara betul,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, sebanyak 24 syarikat telah menerima pensijilan National Mark of Malaysian Brands (NMMB) di mana ia menggalakkan akses pasaran lebih besar kepada PKS.

No comments: