Tuesday, October 23, 2012

RM1b perkasa milikan ekuiti Bumiputera

YAYASAN Kajian dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (YKPD) akan melancarkan Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera Bhd, esok 24 Oktober) dengan dana permulaan RM1 bilion.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM1bperkasamilikanekuitiBumiputera/Article/index_html
Published: October 23, 2012

Pengerusi YKPD merangkap Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Alattas berkata, tabung itu bertujuan memperkasakan sokongan terhadap usaha meningkatkan peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat di negara ini.

“Secara ringkasnya, tabung ini membabitkan skim pelaburan kolektif daripada ahli (DPMM), usahawan Bumiputera dan individu bersama dengan agensi kerajaan.
“Saya mengusulkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akhir tahun lalu mengenai cadangan penubuhan tabung ini dan beliau bersetuju dengannya,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah dana RM1 bilion itu, RM500 juta dikeluarkan kerajaan menerusi agensinya, manakala selebihnya pelabur terdiri daripada masyarakat Bumiputera.

“Mengikut cadangan, 50 peratus daripada dana datangnya daripada agensi kerajaan dan pelaburan membabitkan tempoh tidak kurang lima tahun. Selepas tempoh itu, tabung ini akan kita uruskan sendiri,” katanya sambil menambah idea untuk membentuk tabung itu timbul apabila kerajaan mengumumkan untuk menjual syarikat amanah miliknya.

No comments: