Monday, October 22, 2012

RM18.2j bangun PKS

MAJLIS Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) tahun ini memperuntukkan hampir RM18.2 juta untuk pembangunan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM18_2jbangunPKS/Article/index_html
Published: October 22, 2012

Pengerusinya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, daripada jumlah itu, RM11.5 juta untuk membina Kompleks Perniagaan di Kubang Menerong, Seberang Perai dan RM5 juta bagi melaksanakan Skim Sokongan Usahawan Pertengahan Bumiputera Pulau Pinang 2012/13.

Selain itu, RM1.5 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan Bengkel Pandai Besi dan peruntukan hampir RM200 ribu untuk promosi produk usahawan ke luar negara.
Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, inisiatif itu juga untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara yang masih rendah berbanding negara membangun seperti Korea Selatan yang mencatat lebih 80 peratus.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran skim sokongan pembangunan usahawan pertengahan Bumiputera Pulau Pinang 2012/13 dan penyerahan surat bantuan geran sokongan kepada 38 syarikat, di sini hari ini. - Bernama

No comments: