Wednesday, October 31, 2012

Pelajar IPTA bantu PKS

KUALA LUMPUR – Seramai 68 pelajar dari 12 universiti awam mengambil bahagian dalam SME-University Internship 2012 Championship anjuran SME Corp dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pelajar-ipta-bantu-pks-1.98586
Published: October 31, 2012

Pelajar IPTA bantu PKS
Wakil UTHM menerima baucer buku daripada Mustapa, 
diiringi Pengerusi SME Corp, Datuk Mohamed Al Amin.

Program anjuran SME Corp Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi ini telah dirasmikan Kejohanan sulung ini bertujuan mengiktiraf bakat dan keupayaan pelajar dalam ‘memulihkan’ perniagaan kecil dan membawa kesan positif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Aspek penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk jualan, pemasaran, promosi, pengurusan dan penggunaan Tekonologi Maklumat (IT) dalam aktiviti perniagaan mereka.

Kejohanan ini adalah kemuncak kepada Program ‘SME-University Internship’, yang merupakan usaha menggalakkan minat keusahawanan di kalangan pelajar.

Pasukan yang terlibat dalam Kejohanan yang diadakan pada hari tersebut ialah telah membentangkan idea-idea kreatif dan praktikal mereka kepada panel hakim bagi membantu PKS yang terpilih.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapa Mohamed dalam ucapannya berkata, selain daripada menggalakkan pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya dan meneroka setiap peluang untuk memulakan kerjaya sendiri, beliau turut menyatakan kerajaan akan terus berusaha mewujudkan lebih banyak peluang serta insentif membantu merealisasikan impian mereka menjadi usahawan.

Antara hadiah yang dimenangi termasuklah pinjaman perniagaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan jumlah maksimum sebanyak RM50, 000 untuk setiap individu bagi memulakan perniagaan, berdasarkan projek yang telah dibentangkan.

Bagi pemenang yang tidak mempunyai pengalaman dalam memulakan perniagaan, mereka berpeluang mengambil bahagian dalam latihan perantisan selama 6 atau 12 bulan (bergantung kepada jenis perniagaan) di bawah Program Siswazah mereka.

Jenama Malaysia Akan Diperkenal Melalui Musim Pembelian Global China

BEIJING, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan China Selasa melancarkan Musim Pembelian Global 2012-2013, satu program yang akan membuka satu platform peluang bagi jenama, produk dan perkhidmatan Malaysia untuk meneroka pasaran China.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=705741
Published: October 31, 2012

Program Musim Pembelian Global itu yang akan memperkenal produk Malaysia melalui tujuh pusat serta cawangan-cawangan jualan runcit terpilih di negara ini, bertujuan memperluas import dan penggunaan serta menampung permintaan yang semakin meningkat di negara ini semasa Perayaan Musim Bunga 2013.

Memandangkan kompleksnya peraturan China, inisiatif yang diilhamkan oleh Kementerian Perdagangan China ini akan membantu mempermudah penembusan jenama Malaysia ke pasaran China, kata Pesuruhjaya Perdagangan Kanan merangkap Kaunselor Komersil MATRADE Abu Bakar Yusof, kepada Bernama.

Program itu bukan sahaja akan membantu syarikat-syarikat Malaysia membangunkan saluran pengedaran di China, malah juga mendapatkan pengedar dan pengguna tempatan bagi mereka, katanya.

Abu Bakar berkata fasa pertama Musim Pembelian Global akan memberikan tumpuan kepada makanan dan minuman (F&B), dan diikuti oleh Barangan Pengguna Cepat Laris yang lain, serta perkhidmatan.

"Setakat ini, 99 jenama telah dikenal pasti, 69 atau kira-kira 60 peratus daripadanya adalah produk F&B, manakala selebihnya terdiri daripada perabot rumah, barangan elektrik isi rumah dsb.

"Bilangan ini akan ditambah dari semasa ke semasa, tetapi antara jenama yang dikenal pasti, China akan memilih yang dianggap produk berprospek cerah."

Abu Bakar berkata selepas pemilihan dibuat melalui perundingan antara Pusat Pengurusan Jenama Antarabangsa Persatuan Perdagangan Antarabangsa China (IBMC- CAIT) dan MATRADE, IBMC-CAIT akan mengadakan lawatan pembelian ke Malaysia bulan depan.

Mereka kemudian akan menemui pemilik jenama dan produk terpilih itu, dan menentukan sampel produk yang akan dihantar ke tujuh Pusat Pembelian Global (GPC) di China, katanya.

MATRADE menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan IBMC-CAIT pada September tahun ini.

Di bawah persetujuan itu, jenama Malaysia akan diperkenal melalui tujuh GPC di tujuh bandar raya di China, iaitu Beijing, Shenyang, Wuhan, Guangzhou, Zhangjiagang, Chengdu dan Chongqing.

Produk-produk itu juga akan diperkenal melalui lebih 100 cawangan jualan runcit di China.

China akan juga membantu dalam pengembangan perkongsian dengan pengimport dan pengedar tempatan melalui satu siri kegiatan promosi serta program pemadanan perniagaan.

Abu Bakar berkata IBMC-CAIT juga merancang untuk menubuhkan pejabat di Kuala Lumpur untuk mempermudah program bersama MATRADE itu.

-- BERNAMA

Maxis Joins Qualcomm To Support Women Entrepreneurs In Malaysia

KUALA LUMPUR, Oct 30 (Bernama) -- Qualcomm Inc, through its Wireless Reach initiative, the Cherie Blair Foundation for Women, and the Foundation for Women's Education and Vocational Training (YPVWM), announced that Maxis Bhd has joined the Mentoring Women in Business Programme to support women entrepreneurs in Malaysia.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=705592
Published: October 31, 2012

Maxis, Malaysia's leading communications service provider, will provide 12-month data plans to women to enable them to access a business mentoring platform on 3G tablets.

Fitri Abdullah, head of Maxis Business Services, said as the country's leading integrated communications service provider, Maxis is committed to harnessing the power of information and communications technology to address the needs of society from all walks of life and enrich lives.

"We are proud to support this programme by providing the participants with high-speed mobile data connectivity that enables them to go beyond borders and connect with business professionals and mentors from all over the world, and ultimately take their businesses to the next level," he said.

The event was also attended by Cherie Blair, founder of the Cherie Blair Foundation for Women, and YPVWM President Mariamah Jaffar.

-- BERNAMA 

Maxis Sertai Qualcomm Untuk Sokong Usahawan Wanita Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Qualcomm Inc, melalui inisiatif Wireless Reachnya, Yayasan Cherie Blair bagi Wanita dan Yayasan Pendidikan dan Latihan Vokasional (YPVWM), mengumumkan bahawa Maxis Bhd telah menyertai Program Perniagaan Pementoran Wanita untuk menyokong para usahawan wanita di Malaysia.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=705638
Published: October 31, 2012

Maxis, penyedia perkhidmatan komunikasi utama Malaysia, akan menyediakan pelan data selama 12 bulan kepada wanita bagi membolehkan mereka mengakses platform pementoran perniagaan menggunakan tablet 3G.

Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis Fitri Abdullah berkata, sebagai peneraju penyedia komunikasi bersepadu negara ini, Maxis komited untuk memanfaatkan kuasa teknologi maklumat dan komunikasi bagi menangani keperluan masyarakat dari kesemua lapisan kehidupan dan memperkayakan kehidupan.

"Kami berbangga menyokong program ini dengan menyediakan para peserta dengan sambungan data mudah alih berkelajuan tinggi yang membolehkan mereka melangkaui sempadan dan akhirnya dengan ahli profesional perniagaan dan mentor dari seluruh dunia serta akhirnya meningkat ke tahap seterusnya," katanya.

Majlis itu dihadiri oleh Cherie Blair, iaitu pengasas Yayasan Cherie Blair bagi Wanita dan Presiden YPVWM Mariamah Jaffar.

-- BERNAMA

STSB Aims To Draw 1,000 Participants To Its Franchise Programme

ALOR SETAR, Oct 30 (Bernama) -- Seleraku Trading Sdn Bhd (STSB), a manufacturer of the Sempoli brand of Oblong Burger, aims to create the "Rakan Niaga Oblong Burger" franchise programme and draw 1,000 stall and 100 kiosk participants to it in five years.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=705532
Published: October 31, 2012

Its Managing Director, Zunita Nordin said towards this end, the company will invest RM14 million and the programme is expected to generate an income of RM3,000 monthly for each participant with a stall, and RM5,000 for those with a kiosk.

She said with the assistance of the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), the programme had received good response, particularly from those in the north.

"Since the programme was launched in 2010, it has seen more than 130 participants.

"The production of the Oblong Burger has now been increased to 15 tonnes per day," she told Bernama here.

She said the company plans to create the "Oblong Burger Girl" to enhance business opportunities among women.

Zunita said STSB opened its first kiosk at the Sultan Abdul Halim Airport here and a second was launched at the Menara Alor Setar on Oct 25.

"STSB is also having discussions with PLUS to place the Oblong stalls at all its rest areas to expand the marketing of the product," she added.

STSB was formed in 2005, and had small-scale operations initially in Kepala Batas. It now has a plant in Napoh, Jitra.

Among the STSB products which have received encouraging response is the Sempoi Oblong, Sempoi O-Boolat Burger, satay and kebab.

-- BERNAMA

STSB Rancang Tarik 1,000 Peserta Untuk Program Francais

ALOR SETAR, 30 Okt (Bernama) -- Seleraku Trading Sdn Bhd (STSB), pengeluar produk burger oblong jenama Sempoii, merancang mewujudkan program francais, Program Rakan Niaga Oblong Burger yang melibatkan 1,000 peserta gerai dan 100 kiosk dalam masa lima tahun.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=705511
Published: October 31, 2012

Pengarah Urusannya, Zunita Nordin berkata, bagi tujuan itu, STSB akan melabur RM14 juta dan program itu dijangka mampu menjana pendapatan RM3,000 sebulan bagi setiap peserta gerai dan RM5,000 bagi peserta kiosk.

Melalui bantuan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), katanya program itu berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan terutama dari penduduk di wilayah utara.

Sejak program itu dimulakan pada 2010, beliau berkata lebih 130 peserta telah menyertai program tersebut.

"Jumlah peserta "Oblong Burger Boy" adalah seramai 119 orang yang mana sebahagian besar beroperasi di wilayah utara termasuk di Langkawi, selain Selangor dan Kuala Lumpur.

"Oblong Burger kini berupaya meningkatkan keluaran sehingga 15 tan sehari di mana ia secara langsung menyediakan 50 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata syarikat itu dalam perancangan untuk mewujudkan satu lagi konsep iaitu "Oblong Burger Girl" bagi meningkatkan peluang perniagaan di kalangan wanita selepas kejayaan dalam program sedemikian penyertaan dari Persatuan Ibu Tunggal Langkawi.

Zunita berkata STSB telah membuka kiosk pertamanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini dan kiosk kedua dirasmikan pada 25 Okt lepas di Menara Alor Setar di sini.

"Selain itu, STSB telah mengadakan perbincangan bersama PLUS yang kini dalam proses untuk menempatkan gerai Oblong di setiap kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi meluaskan lagi pemasaran," katanya.

Beliau berkata syarikat itu ditubuhkan pada 2005, di mana pada peringkat permulaan, ia beroperasi secara kecil-kecilan di Kepala Batas di sini dan kini telah mempunyai sebuah kilang di Napoh, Jitra.

Antara produk keluaran STSB yang mendapat sambutan memberangsangkan adalah Sempoi Oblong, Sempoi O-Boolat Burger, satay dan kebab.

-- BERNAMA

Coolblog Targets 400 Outlets By 2014

KUALA LUMPUR, Oct 29 (Bernama) -- Coolblog Dessert Sdn Bhd, the first "ice blended" and "bubble tea" company to get the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) halal certification, targets to open 400 outlets nationwide by 2014.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=705402
Published: October 31, 2012

As of October 2012, the company producing the "Coolblog" beverage has opened 230 outlets, and will have 250 by year-end, said Business Operations Manager Muhammad Daniel Koh.

"We have a presence in almost all the main towns, so we are now moving into smaller towns like Simpang Renggam and Pekan Nanas," he told Bernama after introducing Coolblog ambassador Heliza Helmi here Monday.

Muhammad Daniel said Coolblog will not be limited to just shopping centres.

"The locations chosen by the licensee will be reviewed for at least a week, areas near banks, supermarkets and colleges will also be considered," he said.

The Johor-based company is confident it can achieve its target on the back of high demand since it began operations three years ago. It has two warehouses in Johor Baharu employing some 250 workers, excluding those manning the kiosks.

"We are confident of the Coolblog brand as it is certifed halal, we send product samples to the lab every three months for tests on the ingredients' safety, and the prices, from RM1.80 a cup, are reasonable," Muhammad Daniel said, adding each Coolblog outlet can sell 300 to 500 cups a day.

A potential Coolblog licensee needs a start-up capital of about RM120,000 covering kiosk rental, management, trained workers, equipment, ingredients, licence and training, he said.

Coolblog won the "Best Booth" award at the 2012 Halal Festival held at the Putra World Trade Centre, and the Golden Bull Award 2012 as one of the "100 Outstanding SMEs."

-- BERNAMA

Peluang ceburi perniagaan francais Kemudi Timur

KOTA BHARU 29 Okt. - Kemudi Timur Elektronik Sdn. Bhd. (Kemudi Timur), sebuah syarikat penjual barangan elektrik di negeri ini akan membuka peluang perniagaan francais kepada usahawan bumiputera yang berminat menceburi bidang sama.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121030/wt_03/Peluang-ceburi-perniagaan-francais-Kemudi-Timur
Published: October 31, 2012

Pengasas syarikat itu, Shabki Abdullah berkata, peluang tersebut perlu direbut oleh usahawan yang mempunyai hasrat untuk menjadi ahli perniagaan berjaya pada masa depan.

"Ini adalah harapan syarikat kami untuk menjalankan perniagaan francais kerana ia membuka peluang terutama kepada golongan bumiputera untuk menceburi bidang ini.

"Sekiranya berjaya, ia akan meletakkan taraf bumiputera ke tahap yang lebih tinggi selain turut menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, usahawan yang berminat boleh menghubungi talian 019-9396464 untuk mengetahui maklumat lebih lanjut atau berkunjung ke ibu pejabatnya di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.
Kemudi Timur merupakan antara syarikat penjual barangan elektrik paling berjaya di negeri ini yang mempunyai 14 cawangan termasuk dua di Taman Greenwood, Selangor.

Ketika ditubuhkan pada 1997, syarikat itu lebih dikenali sebagai Kemudi Timur Enterprise sebelum ditukar kepada nama sekarang pada 2002 dengan pegangan saham 100 peratus milik bumiputera.

Sebelum memulakan perniagaan sendiri, Shabki merupakan seorang jurujual di sebuah syarikat penjual barang elektrik, namun atas usahanya beliau telah mengambil alih perniagaan itu dengan modal RM50,000.
Pada 1999, anak jati Kelantan itu membuat keputusan untuk membuka cawangan perniagaannya di negeri ini dan usaha itu akhirnya membawa satu kejayaan besar.

"Saya mahu berkongsi perniagaan ini kepada semua orang. Apa yang saya capai sekarang adalah hasil usaha keras diri sendiri justeru orang lain juga boleh berjaya," katanya.

Kesabaran Hatijah dalam perniagaan membuahkan hasil

TEMERLOH 29 Okt. -'Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan pula hendak peroleh sagunya'. Begitulah peribahasa Melayu yang sesuai untuk pengusaha kuih-muih dan cili sos di sini yang memperoleh pendapatan RM4,000 sebulan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121030/wp_04/Kesabaran-Hatijah-dalam-perniagaan-membuahkan-hasil
Published: October 31, 2012

HATIJAH MAT menunjukkan produk kuih-muih untuk pasaran di Felda Lakum, Temerloh baru-baru ini.

Hatijah Mat, 62, ketika ditemui berkata, dia tidak pernah mengenal erti jemu dan letih, malah meneruskan perniagaan walaupun berdepan persaingan di pasaran.

Beliau yang menetap di Felda Lakum, Lanchang di sini memulakan pengeluaran kira-kira 1,000 botol sos cili sebulan untuk bekalan setiap kantin sekolah dan gerai di sekitar tanah rancangan Felda sekitar Wilayah Mempaga di Bentong.

"Saya bermula dengan modal kecil sebelum memperoleh bantuan kerajaan negeri berjumlah RM5,000 untuk memulakan perniagaan di samping ihsan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang membina sebuah bengkel pada 2006.

"Bantuan kerajaan negeri dan MPT merangsang minat saya mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan makanan lain seperti kuih bangkit, sampul bilis dan kuih peneram kira-kira 300 bungkus seminggu selain sos cili," katanya ketika ditemui dalam Majlis Program Sihat Felda di Lembah Klau dekat sini baru-baru ini.

Menurut Hatijah, dia mengupah tiga pekerja dan anak-anaknya sering membantu jika permintaan sos cili serta kuih-muih meningkat pada musim perayaan.

Dia yang menggunakan label jenama perniagaan al Hidayah Enterprise berkata, ketika ini dia menyewa premis Koperasi Felda Lakum, Mempaga dengan bayaran bulanan sebanyak RM350 untuk melebarkan pengeluaran kuih-muih dan sos cilinya.

London calling for T’ganu delights

KEMAMAN: Terengganu's traditional food like nasi dagang and keropok lekor will be introduced in London with the opening of a T-Kafe restaurant soon.

Source from (The Star Online): http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/29/nation/12240532&sec=nation
Published: October 31, 2012

State Rural, Entrepreneurial and Cooperative Development Committee chairman Datuk Mohamed Awang Tera said the state government, through the Terengganu Entrepreneurial Development Foundation, would scout for a location for the restaurant.

“On Oct 31, representatives from government departments and agencies would attend an international cooperative conference and seminar in Manchester.

“While there, we will take the opportunity to identify a place and its feasibility,” he said yesterday.
Mohamed was confident the restaurant would receive a positive response in London, considering the large number of Malaysians residing there.

Last month, a T-Kafe restaurant serving Terengganu food was opened in Perth, Australia. - Bernama

Sunday, October 28, 2012

Nasi dagang, makanan tradisional Terengganu tembusi pasaran London

KEMAMAN 27 Okt. - Makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor akan diperkenalkan di London melalui pembukaan restoran T-Kafe tidak lama lagi.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121028/ek_03/Nasi-dagang-makanan-tradisional-Terengganu-tembusi-pasaran-London
Published: October 28, 2012

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata, sebelum ini makanan Terengganu itu sudah diperkenalkan di Perth, Australia, apabila restoran T-Kafe dibuka di sana bulan lepas.

"Sambutan terhadap makanan tersebut di Australia sangat menggalakan dan kita hendak makanan Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor juga sampai ke London," katanya di sini hari ini.
Mohamed berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan meninjau dan melihat kesesuaian membuka T-Kafe di pinggir kota London.

Beliau berkata, kerajaan negeri disertai wakil pelbagai agensi dan jabatan akan berada di sana menghadiri persidangan dan seminar antarabangsa koperasi di Manchester pada 31 Oktober ini.
"Semasa menghadiri seminar itu, kita akan mengambil peluang meninjau dan melihat tempat sesuai untuk perkenalkan masakan Terengganu itu," katanya.

Mohamed berkata, beliau yakin masakan Terengganu akan mendapat sambutan memandangkan ramai orang Malaysia berada di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, YPU mungkin akan mencari seorang rakyat Malaysia yang menetap di Manchester untuk membuka T-Kafe dan menjual nasi dagang di samping makanan barat.

Mengulas mengenai jualan nasi dagang di Perth, beliau berkata, sambutan sangat menggalakkan dan mendapat maklumat bahawa ramai orang di sana sukakan nasi dagang dan keropok lekor, dan berharap di London pun begitu juga" katanya. - BERNAMA

Saturday, October 27, 2012

629 bisnes berdaftar

SUMBANGAN industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat kepada 4.3 peratus pada 2016 dan 9.4 peratus pada 2020 berbanding 2.2 peratus pada 2010 dalam usaha menjadikan Malaysia hab francais antarabangsa menjelang 2020.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/629bisnesberdaftar/Article/index_html
Published: October 27, 2012

TERBAIK...Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Francais Terbaik kepada SM Nasarudin SM Nasimuddin yang mewakili  Naza Tutti Frutti (M) Sdn Bhd.
TERBAIK...Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Francais Terbaik kepada 
SM Nasarudin SM Nasimuddin yang mewakili Naza Tutti Frutti (M) Sdn Bhd. 

SUMBANGAN industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat kepada 4.3 peratus pada 2016 dan 9.4 peratus pada 2020 berbanding 2.2 peratus pada 2010 dalam usaha menjadikan Malaysia hab francais antarabangsa menjelang 2020.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak program pembangunan francais diambil alih kementeriannya, bilangan francais meningkat 72 peratus dengan 629 perniagaan francais sudah berdaftar manakala peningkatan pendaftaran adalah antara lapan dan 24 peratus setahun.

“Dalam tempoh sama, sistem francais dijangka meningkat kepada 860 pada 2016 dan 1,140 pada 2020 manakala bilangan francaisi juga bakal meningkat kepada lebih 6,700 pada 2016 dan 13,000 pada 2020,” katanya pada majlis Malam Anugerah Francais 2012 di Kuala Lumpur.

Majlis anugerah itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku penaung Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Beliau berkata, kerajaan juga sedang menimbang untuk memberikan sokongan sewajarnya kepada usahawan tempatan menjadi francaisi induk bagi produk antarabangsa untuk dipasarkan di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, katanya, syarikat jenama asing itu haruslah perniagaan yang berinovasi dan berteknologi tinggi serta ibu pejabat urusan dikekalkan di Malaysia. “Kerajaan mengalu-alukan francaisi induk tempatan memperoleh hak kewilayahan francais asing bukan saja di Malaysia, tetapi di rantau Asia Tenggara atau Asean. Usaha ini juga akan menyokong hasrat kerajaan membangunkan Malaysia sebagai francais Asia Tenggara menjelang 2020,” katanya.

Terengganu To Introduce Nasi Dagang, Keropok Lekor In London

KEMAMAN, Oct 27 (Bernama) -- Nasi dagang and keropok lekor, Terengganu's traditional food, will be introduced in London, with the opening of a T-Kafe restaurant soon.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=705075
Published: October 27, 2012

State rural, entrepreneurial and cooperative development committee chairman Datuk Mohamed Awang Tera said the state government, through the Terengganu Entrepreneurial Development Foundation, would scout for a location for the restaurant.

"On Oct 31, representatives from government departments and agencies would attend an international cooperative conference and seminar in Manchester.

"While there, we will take the opportunity to identify a place and its feasibility," he told Bernama here Saturday.

Mohamed was confident the restaurant would receive positive response in London, considering the large number of Malaysians residing there.

-- BERNAMA

Nasi Dagang, Makanan Tradisional Terengganu Tembusi Pasaran London

KEMAMAN, 27 Okt (Bernama) -- Makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor akan diperkenalkan di London melalui pembukaan restoran T-Kafe tidak lama lagi.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=705067
Published: October 27, 2012

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata sebelum ini makanan Terengganu itu sudah diperkenalkan di Perth, Australia, apabila restoran T-Kafe dibuka di sana bulan lepas.

"Sambutan terhadap makanan tersebut di Australia sangat menggalakan dan kita hendak makanan Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor juga sampai ke London," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohamed berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan meninjau dan melihat kesesuaian membuka T-Kafe di pinggir kota London.

Mohamed berkata beliau yakin masakan Terengganu akan mendapat sambutan memandangkan ramai orang Malaysia berada di kawasan berkenaan.

Beliau berkata YPU mungkin akan mencari seorang rakyat Malaysia yang menetap di Manchester untuk membuka T-Kafe dan menjual nasi dagang di samping makanan western.

-- BERNAMA

Friday, October 26, 2012

MITI To Help Promote Local Franchises Abroad

ALOR SETAR, Oct 25 (Bernama) -- The International Trade and Industry Ministry (MITI) will help promote local franchises with good products abroad, said Deputy Minister Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=704875
Published: October 26, 2012

Several Malaysian companies, he said, have the potential to penetrate the global market.

"We have big brands like Secret Recipe, Marry Brown and Nelson, and even those selling corn can make it to Mecca.

"Malaysian brands are well-received, especially food products in the Middle East," he told reporters after launching Oblong Port at Alor Setar Tower here Thursday.

The kiosk is the second "Sempoi" brand outlet by Seleraku Trading Sdn Bhd, after its first at the Sultan Abdul Halim airport here.

Mukhriz said his ministry, through the Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), will help promote local franchises through trade missions abroad and help local franchise companies that want to sell to master franchisees.

Mukhriz said local franchise products are well-received in Malaysia because of their quality, and the government encourages the franchise system to help young people run their own business.

"Many young people are keen on business, but they do not have the capital or skills. The franchise system will help train them. What is important is that they are serious and not leave after a short while," he said.

Many franchise operators could not be in business for very long because they could not pay the high franchise royalty fees, he said.

"Now the system helps the operators, we now understand their problems. But in the end, it depends on their attitude. In the franchise system, you cannot leave anytime you like," he said.

-- BERNAMA 

MITI Bantu Promosi Syarikat Francais Ada Produk Yang Baik

ALOR SETAR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan membantu jenama francais tempatan yang mempunyai produk yang baik untuk diketengahkan ke pasaran global, kata Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=704836
Published: October 26, 2012

Katanya usaha untuk syarikat francais dari Malaysia menembusi pasaran antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ada syarikat yang mampu berbuat demikian.

Beliau berkata ini membuktikan bahawa jenama Malaysia mampu menembusi pasaran antarabangsa dan diterima baik oleh masyarakat di negara-negara terlibat.

"Kita ada jenama besar seperti Secret Recipe, Marry Brown dan Nelson, yang jual jagung pun boleh sampai ke Mekah. Penerimaan jenama Malaysia agak baik terutama produk makanan untuk pasaran Asia Barat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Oblong Port di Menara Alor Setar di sini Khamis.

Oblong Port Menara Alor Setar adalah kiosk oblong kedua milik syarikat Seleraku Trading Sdn Bhd, yang menggunakan jenama "Sempoi". Kiosk pertama terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini.

-- BERNAMA

Durian beku laris di ekspo Beijing

Ekspo Produk dan Kebudayaan Malaysia yang berlangsung selama tujuh hari di Beijing, bermula semalam dijangka meraih jualan lebih sejuta yuan (RM487,577). 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DurianbekularisdiekspoBeijing/Article
Published: October 26, 2012

Unjuran jualan itu adalah pertambahan dua angka berbanding yang dicatatkan tahun lalu, kata Ketua Eksekutif Parkson Retail Group Ltd, Tan Hun Meng.
Beliau berkata, durian beku masih lagi menjadi produk utama yang dipromosikan kerana jualannya mencecah 400,000 yuan (RM195,030) pada ekspo sebelumnya.

Kami yakin jualan durian di ekspo ini akan melepasi jumlah itu. Parkson berhasrat menjual 2000 paket durian beku di ekspo berkenaan, katanya kepada BERNAMA di Beijing semalam.

Ketua Pegawai Operasi Parkson Retail, Low Kim Tuan pula berkata ekspo itu dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari, iaitu antara dua dan tiga kali lebih tinggi berbanding ekspo sebelumnya.

Ekspo itu dianjurkan bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia pejabat Beijing dan Beijing Fuxingmen Parkson Store.

Ia bertujuan mempromosikan restoran dan masakan Malaysia di bawah program Dapur Malaysia, makanan dan minuman serta pelancongan dan pertanian di China. Kempen 188 Yuan Eat All You Can Durian Buffet turut diadakan.
Rasa durian tidaklah seperti yang saya bayangkan. Mungkin ini ialah yang beku, jadi, bila makan, rasa macam makan aiskrim, kata Pengarah Jualan, James Cao.

Ekspo Produk & Kebudayaan Malaysia Raih Jualan Lebih Satu Juta Yuan

BEIJING, 25 Okt (Bernama) -- Ekspo Produk dan Kebudayaan Malaysia yang akan berlangsung selama tujuh hari, bermula Khamis, dijangka meraih jualan melebihi satu juta yuan (RM487,577), sekali gus menyaksikan pertumbuhan dua digit berbanding tahun lepas.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=704841
Published: October 26, 2012

Ketua Pegawai Eksekutif Parkson Retail Group Ltd, Tan Hun Meng berkata produk durian beku masih lagi menjadi produk utama yang dipromosikan kerana jualannya telah mencecah 400,000 yuan (RM195,030) pada ekspo sebelumnya.

"Kami yakin yang jualan durian di ekspo ini akan melepasi jumlah itu.

"Parkson berhasrat menjual 2000 peket durian beku di ekspo berkenaan," kata beliau kepada Bernama di sini pada Khamis.

Ketua Pegawai operasi Parkson Retail, Low Kim Tuan berkata ekspo itu dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari, iaitu antara dua dan tiga kali lebih tinggi berbanding ekspo sebelumnya.

Ekspo itu dianjurkan bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia pejabat Beijing dan Beijing Fuxingmen Parkson Store.

Ia juga bertujuan mempromosikan restoran dan kuisin Malaysia di bawah program Dapur Malaysia, makanan dan minuman serta pelancongan dan pertanian di China.

Kempen "188 Yuan Eat All You Can Durian Buffet" turut diadakan.

"Rasa durian tidaklah setakut yang saya bayangkan. Mungkin ini ialah yang beku, jadi, bila makan, rasa macam makan aiskrim," kata pengarah jualan, James Cao, dalam cubaan pertamanya merasa keenakan durian.

Pengurus Pemasaran Airasia China, Maggie Ma, yang baru pertama kali merasa durian berkata, beliau boleh menerimanya walaupun aroma baunya amat kuat.

-- BERNAMA

MBO perluas operasi di China, Indonesia

MALAYSIA Brand Outlet (MBO), pusat sehenti yang menempatkan produk buatan tempatan yang mula dibuka di Singapura akan meluaskan operasi di China dan Indonesia menjelang akhir tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MBOperluasoperasidiChina_Indonesia/Article/index_html
Published: October 26, 2012

Idea untuk membuka MBO adalah cetusan daripada Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB Malaysia) dan ia adalah projek kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang diterajui syarikat swasta dengan disokong Matrade.

Ia diuruskan syarikat Malaysia iaitu Infinity Channel Sdn Bhd dan syarikat Singapura, IM Gateway Pte Ltd. Melalui MBO, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bukan saja dapat memasuki pasaran baru dengan kos rendah, malah dapat memasarkan produk mereka secara konsisten selain menerima khidmat bantuan daripada aspek logistik, promosi dan padanan perniagaan.

MBO boleh menempatkan 70 syarikat PKS Malaysia dengan produk terdiri daripada kategori FMCG (fast moving consumer good) dan produk gaya hidup seperti lukisan, kosmetik, produk kesihatan, kecantikan serta produk makanan dan minuman antaranya Pathol, Franch oil, Smart Herbs, BioSunnah, kosmetik Grace, Harmony, coklat Malsa dan D’Heritage.

Kira-kira 100 hasil karya pelukis tempatan turut dipamerkan di bahagian galeri MBO antaranya karya Ali Mabuhai, Mat Nor Jantan, Molly, Ismail Kadir dan Peter Balang.

Selepas Singapura, Indonesia dan China, GMB Malaysia menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan di beberapa negara Asean pada tahun depan.

Bina Integrated Industries Eyes Expansion

KUALA LUMPUR, Oct 25 (Bernama) -- Bumiputera firm Bina Integrated Industries Sdn Bhd, maker of Bina Paint, is eyeing more more projects painting buildings on the back of growing demand from the construction industry.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=704719
Published: October 26, 2012

Managing Director Rosli Adam told Bernama his company has allocated RM5 million in paid-up capital in 2013 to expand its paint line-up to 14 types from the current eight.

"We also aim to enhance our company's image by improving the quality of our packaging and brand," he said, adding it has set aside RM500,000 for advertising and promotions besides allocating two per cent of annual sales to research and development.

"Our products are on par with international products as they use green technology and are environmentally-friendly, having low volatile organic compound content and SIRIM's Eco-Labelling Certification Licence.

"Our paints are also cheaper than other brands besides having a five-year warranty," he said, adding the company plans to raise production capacity five-fold from the current 230,000 litres a month," he said.

He expressed confidence in achieving next year's sales target of RM5 million from RM1.2 million currently, saying the company has won contracts worth RM2 million for painting government buildings.

Rosli said buildings in Kuala Lumpur which use Bina Paint include the Works Ministry headquarters, City Hall housing projects and Universiti Teknologi Malaysia student residential halls in Jalan Semarak.

The company will also place 100 tinting machines in its hardware shops to make it easier for customers to make their choice.

Bina Paint is already marketed in India and Sri Lanka, and the company plans to expand to the Middle East and Africa.

Established in 1990, Bina Integrated Industries began producing its own paints in 2005 after several years of research in cooperation with local universities. With headquarters in Seri Kembangan and a factory in Bandar Baru Bangi, Selangor, it has some 140 workers at 11 branches nationwide.

-- BERNAMA
 

Bina Integrated Industries Mahu Perluas Perniagaan

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bina Integrated Industries Sdn Bhd, pengeluar cat Bumiputera tunggal jenama Bina Paint, mahu memanfaatkan lonjakan permintaan di dalam sektor pembinaan untuk memperluaskan perniagaannya.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=704707
Published: October 26, 2012

Pengarah Urusan Rosli Adam berkata sektor pembinaan antara sektor ekonomi yang mendapat perhatian daripada kerajaan semasa perbentangan Belanjawan 2013 bulan lepas.

"Kami mahu meraih lebih banyak projek mengecat bangunan melalui kerancakan sektor pembinaan di negara ini," katanya kepada Bernama.

Rosli berkata syarikatnya telah memperuntukkan RM5 juta modal berbayar bagi 2013 untuk memperkembangkan lagi perniagaannya dalam tempoh tiga tahun.

"Melalui modal berbayar yang diperuntukkan, kami bercadang mahu menambah rangkaian cat kami kepada 14 jenis berbanding lapan jenis sekarang.

"Kami juga mahu meningkatkan lagi mutu pembungkusan dan jenama syarikat kami kerana ia melambangkan imej syarikat," katanya, sambil menyatakan syarikat telah memperuntukkan RM500,000 sebagai bajet untuk pengiklanan dan promosi.

Bagi meningkatkan mutu dan kualiti cat Bina Paint, syarikatnya telah memperuntukkan belanjawan sebanyak 2.0 peratus daripada hasil jualan setahun sebagai kos penyelidikan dan pembangunan.

"Produk kami setaraf produk antarabangsa kerana produk kami menggunakan teknologi hijau dan mesra alam kerana ia mengandungi kandungan "volatile organik copong" yang rendah dan ia juga diiktiraf oleh SIRIM dan telah dianugerahkan "Lesen Pensijilan Ekoran."

"Cat Bina Pain juga sesuai untuk semua golongan terutama sederhana disebabkan harga yang ditawarkan sangat ekonomi dan lebih murah berbanding jenama cat lain, selain jaminan cat selama lima tahun," kata Rol.

Rol berkata syarikatnya juga merancang menambah kapasiti pengeluaran cat dikilangkannya lima kali ganda daripada 230,000 liter sebulan sekarang.

"Dengan perancangan ini, kami yakin mampu mencapai hasil jualan sebanyak RM5 juta tahun hadapan berbanding RM1.2 juta yang direkodkan sekarang," katanya.

Beliau berkata sasaran jualan itu mampu dicapai kerana syarikat telah berjaya memperoleh kontrak bernilai RM2 juta dari sektor kerajaan bagi projek mengecat bangunan-bangunan kerajaan.

Rol berkata, setakat ini, antara bangunan yang menggunakan cat Bina Pain ialah bangunan Ibu Pejabat Kementerian Kerja Raya Malaysia di Kuala Lumpur, bangunan perumahan DBKL, dan bangunan penginapan pelajar Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Peneraju syarikat berstatus Bumiputera itu berkata, syarikatnya bercadang untuk meletakkan 100 mesin tinting/pewarna di kedai perkakasan Bina Paint dalam tempoh tiga tahun bagi memudahkan pelanggan memilih cat yang disukai.

Bagi pasaran luar, beliau bercadang ingin menembusi pasaran negara Timur Tengah dan Afrika, kerana negara tersebut rancak membangunkan ekonomi negara mereka.

Pada masa ini, jenama cat Bina Paint telah berada di pasaran India dan Sri Lanka.

Syarikat Bina Integrated Industries ditubuhkan pada 1990, dan bermula 2005, syarikat tersebut mula mengeluarkan cat berjenama Bina Paint setelah beberapa tahun menjalankan kajian sendiri dengan bantuan pakar-pakar di universiti tempatan.

Syarikat tersebut berpejabat di Seri Kembangan, Selangor dan mempunyai kilang di Bandar Baru Bangi yang dibantu oleh kira-kira 140 pekerja di 11 cawangan di seluruh negara.

-- BERNAMA

OldTown White Coffee Bags Two Awards From MFA

KUALA LUMPUR, Oct 25 (Bernama) -- Malaysia's largest white coffee cafe chain, OldTown White Coffee, won the Franchisor of the Year and International Franchisor of the Year 2012 awards from the Malaysian Franchise Association (MFA).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=704802
Published: October 26, 2012

The awards were bestowed at the Malaysia Franchise Awards 2012 ceremony held recently.

Currently, OldTown White Coffee is Malaysia's largest halal-certified white coffee chain with 60 per cent of its outlets certified halal.

It plans to achieve 100 per cent Jakim halal recognition and certification by the end of this year.

The coffee chain operation revenue has increased close to 269.9 per cent over the past five years and has grown at a Compound Annual Growth Rate (CAGR) of 38.7 per cent over the past four years as the company embarked on aggressive franchise expansion plans.

-- BERNAMA

Oldtown White Coffee Rangkul Dua Anugerah Daripada MFA

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Rantaian kedai kopi putih terbesar di Malaysia, OldTown White Coffee, memenangi anugerah Pemilik Francais Terbaik 2012 dan Pemilik Francais Antarabangsa Terbaik 2012 daripada Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=704832
Published: October 26, 2012

Anugerah itu disampaikan pada upacara penyampaian Anugerah Francais Malaysia 2012 yang diadakan baru-baru ini.

Pada masa ini, OldTown White Coffee ialah rantaian kopi putih terbesar di Malaysia yang menerima pensijilan halal dengan 60 peratus daripada cawangannya disahkan halal.

Ia merancang untuk mencapai 100 peratus pengiktirafan dan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelang akhir tahun ini.

Pendapatan operasi rantaian kopi itu melonjak hampir 269.9 peratus dalam lima tahun kebelakangan ini dan telah berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan

-- BERNAMA

Thursday, October 25, 2012

Semak status usahawan Bumiputera

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran menyemak status usahawan Bumiputera dengan mengambil kira pegangan saham, struktur korporat dan pembangunan usahawan Melayu tulen dan bukan hanya proksi atau broker.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Semakstatususahawanbumiputera/Article/
Published: October 25, 2012

Foto

Kerajaan disaran ambil kira pegangan saham, struktur korporat
Kuala Lumpur: Kerajaan disaran menyemak status usahawan Bumiputera dengan mengambil kira pegangan saham, struktur korporat dan pembangunan usahawan Melayu tulen dan bukan hanya proksi atau broker.

Kongres Ekonomi Melayu 2012 dalam resolusi yang berkaitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Baru Ekonomi (MBE) semalam, menegaskan semakan itu perlu kerana penggunaan proksi atau broker selama ini mencacatkan imej usahawan Melayu.

Ekonomi Melayu terjejas
Cadangan itu antara 18 resolusi kongres dua hari anjuran Yayasan Kajian dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang tamat semalam.

Kongres juga membuat ketetapan bahawa rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan nepotisme sebagai punca ekonomi Melayu terjejas dan perlu ditangani segera.

Kongres turut mengusulkan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan mempunyai roh dan agenda pembangunan Melayu yang jelas.

GLC juga disaran tidak bersaing dengan usahawan Melayu, sebaliknya menyokong sama ada dari segi pegangan modal atau pengembangan eksport.
Pegawai GLC juga tidak harus mempunyai konflik kepentingan dan perniagaan dalam syarikat yang dimiliki kerajaan.

Kongres turut mengenal pasti kelemahan kepimpinan dalam Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebagai punca pelbagai agenda pembangunan ekonomi Melayu tidak dapat diselesaikan.

Sehubungan itu, kongres mencadangkan Ketua Eksekutif TERAJU ditukar bagi menambah baik usaha meningkatkan ekonomi Melayu.

Sembilan resolusi
Antara resolusi lain ialah:
  • Menyokong Deklarasi Jihad yang diputuskan oleh Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM.
  • Mendirikan Institut Motivasi dan Semangat Perniagaan dan Keusahawanan berasas usahawan kepada usahawan.
  • Menyediakan latihan khusus kepada pegawai kerajaan dan ahli politik mengenai peranan mereka.
  • Memberi keutamaan kepada syarikat tempatan dan Bumiputera dalam semua tender kerajaan.
  • Menubuhkan beberapa firma audit besar yang diuruskan orang Melayu untuk mengaudit syarikat dan agensi kerajaan.
  • Menubuhkan institusi kewangan yang mengumpul dan menagihkan dana/pinjaman khusus kepada usahawan mikro.
  • Mempertimbang penstrukturan semula Institut Keusahawanan Negara (Insken) dengan membabitkan wakil pertubuhan bukan kerajaan berwibawa untuk menyelaras program pembangunan usahawan.
  • Kementerian Kewangan memberi tender secara terus kepada Melayu bagi projek bawah RM100 juta dan dipantau DPMM.
  • Penubuhan Tabung Ummah serta Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera Berhad (TUPBB) bermodal RM1 bilion dengan dana RM500 juta dari kerajaan dan baki daripada masyarakat Melayu.
Semua resolusi yang diputuskan hampir 500 peserta dari pelbagai pertubuhan Melayu dan Bumiputera dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

Federal govt allocates RM17.49mil for small rural projects in Kelantan

KOTA BARU: The Federal government has allocated RM17.49mil for 219 small projects to transform the rural areas in Kelantan this year.

Source from (The Star Online): http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/24/nation/20121024215509&sec=nation
Published: October 25, 2012

Kelantan Federal Development Department director, Datuk Makhtar Mustafa said RM5.71mil was allocated to the Rural and Regional Development Ministry to implement 40 projects like community centres, small bridges, rural roads and futsal courts.

The Health Department was allocated RM5.46mil for implementing 22 projects like upgrading of rural health clinics.

Makhtar said the Education Department was allocated RM3.32mil to implement 56 projects, including building and upgrading new suraus.

"The Drainage and Irrigation Department was allocated RM3mil to implement 101 projects like upgrading ditches," he told reporters after chairing the department's working committee meeting here Wednesday.

A total of 152 of the 219 projects have already been completed while the remaining 67 projects are expected to be completed by year-end. - Bernama

Federal Government Allocates RM17.49 Million For Small Rural Projects In Kelantan

KOTA BAHARU, Oct 24 (Bernama) - The federal government has allocated RM17.49 million for 219 small projects to transform the rural areas in Kelantan this year.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=704647
Published: October 25, 2012

Kelantan Federal Development Department director, Datuk Makhtar Mustafa said RM5.71 million was allocated to the Rural and Regional Development Ministry to implement 40 projects like community centres, small bridges, rural roads and futsal courts.

The Health Department was allocated RM5.46 million for implementing 22 projects like upgrading of rual health clinics.

Makhtar said the Education Department was allocated RM3.32 million to implement 56 projects, including building a new surau and upgrading of suraus.

"The Drainage and Irrigation Department was allocated RM3 million to implement 101 projects like upgrading ditches," he told reporters after chairing the department's working committee meeting here Wednesday.

-- BERNAMA 

Kerajaan Peruntuk RM17.49 Juta Laksana 219 Projek Kecil Transformasi Luar Bandar Di Kelantan

KOTA BAHARU, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan pusat memperuntukkan kira-kira RM17.49 juta bagi melaksanakan 219 projek kecil transformasi luar bandar di seluruh Kelantan pada tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=704588
Published: October 25, 2012

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Makhtar Mustafa berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5.71 juta diperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan 40 projek seperti membina dewan dan balai raya, jambatan kecil, jalan perhubungan desa dan gelanggang futsal.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan diperuntukkan RM5.46 juta bagi melaksanakan 22 projek seperti menaik taraf klinik kesihatan dan klinik desa manakala Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan diperuntukkan RM3.32 juta bagi melaksanakan 56 projek termasuk membina surau, mengganti surau sedia ada dan menaik taraf surau sekolah.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan diperuntukkan RM3 juta bagi melaksanakan 101 projek seperti menaik taraf saliran dan parit, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan di sini, Rabu.

Makhtar berkata sebanyak 152 daripada 219 projek tersebut sudah siap manakala baki 67 projek lagi dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

-- BERNAMA

Sarawak Government Urged To Collaborate With SMEs To Woo Sarawak Grads Home

KUCHING, Oct 24 (Bernama) -- The Sarawak government should collaborate with local companies, especially small and medium enterprises (SMEs), to hold big career fairs in universities and other institutions of higher learning in Peninsular Malaysia, to encourage Sarawakian graduates to return home and grab skilled job opportunities in the state.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=704482
Published: October 25, 2012

X-Fab Sarawak Sdn Bhd's human resource director, Ng Kam Loong, said the government could provide financial assistance by sponsoring the companies with budget constrains to make an impact on new graduates and professionals and let them be aware of career opportunities in the various economic sectors.

"Instead of merely distributing flyers or advertising in the newspapers, why don't the state government foot the bill for the SMEs to organise career fairs as part of efforts to prevent the 'brain drain'," he said after speaking at a seminar on "New Rules of Talent Management" organised by JobStreet.com here today.

He said most businesses, both SMEs and even established organisations, found it more challenging to hire the "right people for the right job" in Sarawak than elsewhere because many were unaware of the presence of the state's big high-tech industries or the X-Fab wafer foundry here.

In the case of X-Fab, where 93 per cent of the technical professionals were Sarawakians and expatriates (seven per cent), he said, it was also important to mould the new employees to enable them to understand the corporate environment through soft-skill training.

-- BERNAMA

Some GLCs Have Strayed From Original Aim, Says Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, Oct 24 (Bernama) -- Some Government-Linked Companies (GLCs) have deviated from their original function of strengthening Bumiputera economic participation, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=704653
Published: October 25, 2012

He said Khazanah Nasional Bhd was established to address the weak economy and low equity ownership of Bumiputeras especially the Malays.

"So we formed a body that was controlled by the government (Khazanah) to hold the shares while we enriched the Bumiputeras, and then we distributed to them (Bumiputeras)," he told reporters at the Malay Economic Congress 2012 (KEM2012) here Wednesday.

Dr Mahathir, who is also Petronas adviser, said there are GLCs which have strayed form their original purpose as trust holders for Bumipiteras and Malays, and some of their actions have gone against the objective of their establishment.

"Now the policy has changed. They have become main business players, and sometimes they distribute to non-Bumiputeras," he said, adding GLCs sometimes even compete with small Malay companies that are no match to them.

-- BERNAMA 

Gesa ubah segera dasar GLC

Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ada pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersasar daripada matlamat asal penubuhan untuk memperkukuh ekonomi Bumiputera.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GesaubahsegeradasarGLC/Article/
Published: October 25, 2012

Mahathir menerima cenderahati daripada Syed Ali selepas merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Melayu 2012, semalam.  
Mahathir menerima cenderahati daripada Syed Ali selepas 
merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Melayu 2012, semalam.

Kerajaan sekarang berhak lakukan kelainan: Tun M
Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan mengubah segera dasar mengenai GLC kerana peranannya kini bertukar arah hingga menyebabkan prestasi pemilikan kekayaan Melayu makin merosot, sekali gus gagal mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Beliau berkata, walaupun dasar itu dibuat pemerintah terdahulu, namun ia tidak bermakna pemerintah sekarang tidak boleh mengubahnya.

Keupayaan Bumiputera
“Kerajaan mewujudkan GLC seperti Khazanah Nasional Bhd kerana keupayaan Bumiputera, terutama orang Melayu lemah dari segi ekonomi dan pemilikan ekuiti.

“Kalau diberi pada mereka (Bumiputera) saham, mereka jual. Jadi dengan itu, kita tubuh badan yang dikuasai kerajaan supaya GLC pegang saham, sementara kita memperkayakan Bumiputera, kemudian kita edar pada mereka.
“Tapi sekarang dasar sudah bertukar, mereka (GLC) jadi peniaga utama dan tidak edarkan kepada Bumiputera, beri kepada orang asing, ini bertentangan dengan dasar.

“Kita khuatir kalau tidak bertindak, tukar dasar dan kembali kepada asal, maka bahagian Melayu akan semakin berkurangan,” katanya selepas merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Melayu 2012, di sini, semalam.

Turut hadir Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Syed Ali Alatas. Dr Mahathir turut melancarkan Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera Bhd (TUPBB) yang ditubuhkan sebagai skim pelaburan kolektif menerusi dana bernilai RM1 bilion.

Lebih 500 peserta daripada hampir 100 pertubuhan Bumiputera menyertai kongres dua hari yang meluluskan 18 resolusi membabitkan pelbagai aspek termasuk hala tuju jihad ekonomi Melayu dan DEB.
Mengulas tuntutan DEB dianggap rasis oleh segelintir pihak, Dr Mahathir menegaskan kekayaan negara perlu diagihkan secara adil bagi mengelak konflik pada masa depan.

“(Kita) tak rampas hak orang lain, kita nak bahagian kita saja. Kita penduduk majoriti 60 peratus, tapi hanya minta 30 peratus. Ambillah yang lain bagi mereka.

“Perlu ada kajian supaya kita tahu kekayaan negara diagihkan secara adil. Ini bukan rasis, kalau tidak diagihkan secara adil akan timbul konflik, keganasan seperti di negara lain,” katanya. 

Dr M: Ada GLC gagal matlamat asal

KUALA LUMPUR - Terdapat pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya iaitu untuk memperkukuh ekonomi Bumiputera, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamed.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dr-m-ada-glc-gagal-matlamat-asal-1.97856
Published: October 25, 2012

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

   Beliau berkata sebagai contoh, Khazanah Nasional Bhd ditubuhkan berikutan keupayaan Bumiputera, terutama orang Melayu, lemah dari segi ekonomi dan pemilikan ekuiti.
  
"Oleh itu kita tubuhkan badan yang dikuasai oleh kerajaan (Khazanah) supaya mereka memegang saham-saham ini sementara kita memperkaya Bumiputera, dan kemudian kita agihkan kepada mereka (Bumiputera)," katanya kepada pemberita pada Kongres Ekonomi Melayu 2012 (KEM2012) di sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika mengulas peranan GLC dalam memperkukuh ekonomi Bumiputera.
  
Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas, berkata ada GLC yang telah terpisah daripada ikatan asal mereka sebagai pemegang amanah Bumiputera dan orang Melayu, malah tindakan mereka juga bertentangan dengan dasar penubuhannya.
  
"Sekarang dasar dah bertukar. Mereka jadi peniaga utama dan kadang-kadang diagihkan kepada bukan Bumiputera, orang asing dan sebagainya.
  
Malah, katanya kadangkala GLC turut berlumba-lumba dengan syarikat kerdil Melayu yang sama sekali tidak mampu menandingi keupayaan GLC.
  
Dr Mahathir turut menyeru orang Melayu agar bersatu-padu dalam memperjuangkan hak kesamarataan dalam pembahagian hasil kekayaan negara.
  
"(Kita) tak rampas hak orang lain, kita nak bahagian kita sahaja.
  
"Kita merupakan penduduk majoriti 60 peratus, tapi kita hanya minta 30 peratus (pemilikan ekuiti), ambillah yang lain bagi mereka," katanya.
  
Beliau turut menyarankan kerajaan memberi pertimbangan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh peniaga Bumiputera.
  
Antaranya, peningkatan mendadak sewa di kompleks-kompleks perniagaan termasuk kompleks yang dimiliki oleh kerajaan secara tidak langsung.
  
Kenaikan ini kata beliau telah memaksa peniaga Bumiputera keluar dari kompleks-kompleks ini kerana tidak mampu membuat keuntungan.
  
KEM2012 yang dianjurkan oleh Yayasan Kajian dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), berjaya mengumpulkan lebih 500 peserta untuk membincangkan hala tuju serta menjaga kelangsungan ekonomi orang Melayu.
  
Kongres dua hari itu yang berakhir hari ini, meluluskan 18 resolusi bagi mengukuhkan ekonomi orang Melayu selain pelancaran Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera Bhd sebagai skim pelaburan kolektif daripada ahli, usahawan Bumiputera serta individu, kerajaan dan agensi. - Bernama

90,043 Low Income Families Benefited From 1Azam Programme

PETALING JAYA, Oct 24 (Bernama) - Some 90,043 low income families have benefited from the 1Azam anti-poverty programme since it was implemented in 2010.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=704665
Published: October 25, 2012

Deputy Minister of Women, Family and Community Development Datuk Heng Seai Kie said monitoring by the ministry found that 85 percent of programme participants made encouraging progress.

"The participants managed to make RM300 additional income monthly while the rest have yet to be motivated to start their own business," she told reporters after launching 'Alumni Jahitan Kreatif Epal 1Azam' dan Business Matching in Subang Jaya Wednesday.

The ministry would continue to provide support and guidance to those who have not succeeded adding RM140, 230,000 has been allocated to 28,046 participants of Azam Niaga and Azam Khidmat programmes.

"For this year we have been targeted 13,237 participants under Azam Niaga and Azam Khidmat but so far,only 5,798 have met the target."

Heng urged small businessmen to take advantage of Get Malaysian Business Online programme introduced in Budget 2013 which aims to provide 50,000 of them with grants worth RM1,000.

"The government has allocated RM50 million to Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) for the programME.

"Participants of 1Azam can also apply to join this programme to market their products," she added.

--BERNAMA 

1Azam Beri Manfaat Kepada 90,043 Keluarga Berpendapatan Rendah

PETALING JAYA, 24 Okt (Bernama) -- Seramai 90,043 keluarga berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada Program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) sejak ia dilaksanakan pada 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=704601
Published: October 25, 2012

Beliau berkata berdasarkan pemantauan kementerian, kira-kira 85 peratus peserta program itu menunjukkan kemajuan memberangsangkan.

"Peserta yang menunjukkan prestasi, dapat menambah pendapatan lebih RM300 ke atas sebulan. Selebihnya, masih belum menunjukkan pencapaian dan antara faktornya ialah tidak mempunyai motivasi untuk memulakan perniagaan sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Alumni Jahitan Kreatif Epal 1Azam (PAJK) dan Padanan Perniagaan di Subang Jaya dekat sini, Rabu.

Namun, Heng berkata pihak kementerian akan terus memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan yang masih belum berjaya itu supaya mereka lebih bersemangat memajukan diri sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selain itu, katanya kementerian telah memperuntukkan RM140,230,000 kepada 28,046 peserta Azam Niaga dan Azam Khidmat.

-- BERNAMA

Wednesday, October 24, 2012

Malaysia Brand Outlet Singapura Platform Untuk Peluas Pasaran PKS, Kata Mustapa

SINGAPURA, 23 Okt (Bernama) -- Pembukaan Malaysia Brand Outlet (MBO) di Singapura akan menyediakan platform untuk lebih banyak jenama Malaysia memasuki republik itu, di pasaran serantau dan global, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=704331
Published: October 24, 2012

Beliau berkata MBO ialah usaha sama yang dijayakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Infinity Channel Sdn Bhd, Malaysia serta IM Gateway Pte Ltd, Singapura.

"MBO ditawarkan sebagai platform untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mengetengahkan, menjual dan memasarkan produk masing-masing di Singapura dan seterusnya," katanya dalam ucapan pada pembukaan Malaysia Brand Outlet Singapura di sini Selasa.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Md Hussin Nayan, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dzulkifli Mahmud, Pengarah Kanan Matrade bagi Eksport, Pesuruhjaya Perdagangan Matrade Singapura Naim Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas IM Investment Holdings Pte, Ltd dan Agil Fadzil, Presiden GMB Malaysia dan Pengerusi Infinity Channel Sdn Bhd.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya Mustapa berkata inisiatif MBO merupakan bukti usaha sama antara syarikat swasta kedua-dua negara yang berkongsi banyak persamaan selain sebagai perakuan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh sektor swasta dalam meluaskan perdagangan.

"Saya berharap premis ini akan meningkatkan lagi momentum dalam meluaskan kehadiran Malaysia, bukan sahaja di Singapura, malah di Asean," katanya.

Menjelang 2015, kita akan mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean (AEC), tiga tahun dari sekarang, dan komponen paling penting AEC ialah pelaburan dagangan sesama Asean.

"Dagangan Malaysia dengan negara Asean berjumlah kira-kira 35 peratus daripada jumlah dagangan Asean. Pelaburan Asean kira-kira 20 peratus, dan oleh itu objektif dalam konteks penyepaduan ekonomi Asean antara lain ialah meningkatkan dagangan dan pelaburan sesama Asean.

Beliau berkata pembukaan MBO itu juga merupakan contoh baik usaha sama -syarikat-syarikat dalam Asean.

Mustapa berkata kini sudah ada usaha sama antara syarikat kecil Malaysia dan syarikat Singapura yang agak besar.

Ini katanya selari dengan usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

"Kita mempunyai hubungan rapat di peringkat diplomatik politik serta perniagaan.

Mustapa berkata di peringkat serantau atau Asean, lebih banyak usaha sama dijangka dijayakan antara syarikat-syarikat Asean.

"Kita bukan sahaja mahu melihat lebih banyak usaha sama antara syarikat Malaysia dan Singapura, malah dari Thailand, Filipina dan sebagainya. Menerusi cara ini, kita akan dapat menyatukan ekonomi dan mewujudkan komuniti ekonomi Asean yang mampan menjelang 2015," katanya.

Mustapa berkata dagangan Malaysia ke Singapura sangat penting. Bagi Singapura, Malaysia ialah rakan dagang terbesar, manakala bagi Malaysia, Singapura ialah rakan kedua terbesar.

Pada masa ini, MBO menjual produk daripada 20 PKS Malaysia, yang meliputi produk makanan, minuman, penjagaan kesihatan serta hasil seni.

Mustapa berkata 20 syarikat itu hanya permulaan dan MBO akan menampung 70 syarikat dan beliau yakin dalam tempoh beberapa bulan akan datang, jumlah syarikat akan bertambah.

"PKS Malaysia kini berpeluang datang ke pusat sehenti ini. Jika mereka mahu ke sini secara individu, mungkin mereka tidak mampu memadangkan ia memerlukan kos yang tinggi untuk menembusi pasaran asing.

Sambil berkata bahawa MBO merupakan idea kreatif dan mulia, Mustapa berkata kehadiran di sini bukan sahaja membolehkan syarikat Malaysia menembusi pasaran Singapura, malah ke rantau ini dan peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA

Mustapa: Malaysia Brand Outlet Singapura platform perluas IKS

SINGAPURA - Pembukaan Malaysia Brand Outlet (MBO) di Singapura akan menyediakan platform untuk lebih banyak jenama Malaysia memasuki republik itu, di pasaran serantau dan global, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mustapa-malaysia-brand-outlet-singapura-platform-perluas-iks-1.97521
Published: October 24, 2012

Mustapa Mohamad
Datuk Seri Mustapa Mohamad
  
Beliau berkata MBO ialah usaha sama yang dijayakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Infinity Channel Sdn Bhd, Malaysia serta IM Gateway Pte Ltd, Singapura.
  
"MBO ditawarkan sebagai platform untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mengetengahkan, menjual dan memasarkan produk masing-masing di Singapura dan seterusnya," katanya dalam ucapan pada pembukaan Malaysia Brand Outlet Singapura di sini hari ini.
  
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Md Hussin Nayan, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dzulkifli Mahmud, Pengarah Kanan Matrade bagi Eksport, Pesuruhjaya Perdagangan Matrade Singapura Naim Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas IM Investment Holdings Pte, Ltd dan Agil Fadzil, Presiden GMB Malaysia dan Pengerusi Infinity Channel Sdn Bhd.
  
Bercakap kepada pemberita kemudiannya Mustapa berkata inisiatif MBO merupakan bukti usaha sama antara syarikat swasta kedua-dua negara yang berkongsi banyak persamaan selain sebagai perakuan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh sektor swasta dalam meluaskan perdagangan.
  
"Saya berharap premis ini akan meningkatkan lagi momentum dalam meluaskan kehadiran Malaysia, bukan sahaja di Singapura, malah di Asean," katanya.
  
Menjelang 2015, kita akan mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean (AEC), tiga tahun dari sekarang, dan komponen paling penting AEC ialah pelaburan dagangan sesama Asean.
  
"Dagangan Malaysia dengan negara Asean berjumlah kira-kira 35 peratus daripada jumlah dagangan Asean. Pelaburan Asean kira-kira 20 peratus, dan oleh itu objektif dalam konteks penyepaduan ekonomi Asean antara lain ialah meningkatkan dagangan dan pelaburan sesama Asean.
  
Beliau berkata pembukaan MBO itu juga merupakan contoh baik usaha sama syarikat-syarikat dalam Asean.
  
Mustapa berkata kini sudah ada usaha sama antara syarikat kecil Malaysia dan syarikat Singapura yang agak besar.
  
Ini katanya selari dengan usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
  
"Kita mempunyai hubungan rapat di peringkat diplomatik politik serta perniagaan.
  
Mustapa berkata di peringkat serantau atau Asean, lebih banyak usaha sama dijangka dijayakan antara syarikat-syarikat Asean.
  
"Kita bukan sahaja mahu melihat lebih banyak usaha sama antara syarikat Malaysia dan Singapura, malah dari Thailand, Filipina dan sebagainya. Menerusi cara ini, kita akan dapat menyatukan ekonomi dan mewujudkan komuniti ekonomi Asean yang mampan menjelang 2015," katanya.
  
Mustapa berkata dagangan Malaysia ke Singapura sangat penting. Bagi Singapura, Malaysia ialah rakan dagang terbesar, manakala bagi Malaysia, Singapura ialah rakan kedua terbesar.
  
Pada masa ini, MBO menjual produk daripada 20 PKS Malaysia, yang meliputi produk makanan, minuman, penjagaan kesihatan serta hasil seni.
  
Mustapa berkata 20 syarikat itu hanya permulaan dan MBO akan menampung 70 syarikat dan beliau yakin dalam tempoh beberapa bulan akan datang, jumlah syarikat akan bertambah.
  
"PKS Malaysia kini berpeluang datang ke pusat sehenti ini. Jika mereka mahu ke sini secara individu, mungkin mereka tidak mampu memadangkan ia memerlukan kos yang tinggi untuk menembusi pasaran asing.
  
Sambil berkata bahawa MBO merupakan idea kreatif dan mulia, Mustapa berkata kehadiran di sini bukan sahaja membolehkan syarikat Malaysia menembusi pasaran Singapura, malah ke rantau ini dan peringkat antarabangsa. - Bernama

Gov't Mulls Supporting Local Master Franchisees To Expand To Asean

PETALING JAYA, Oct 23 (Bernama) -- The government is considering giving the necessary support to local master franchisees to enable them to franchise products from foreign companies in Asean countries.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=704347
Published: October 24, 2012

Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said however the foreign companies should have an innovative business headquartered in Malaysia.

The government wants local master franchisees to gain regional franchise rights not just in Malaysia but in Southeast Asia as well, he added.

"This trend will also support the government's desire to develop Malaysia as the Southeast Asian franchise centre by 2020," he said at the Malaysian Franchise Awards 2012 ceremony here Tuesday.

A total of 61 foreign franchise systems have been brought in and registered by local master franchisees, he said.

He also urged local franchisees to plan strategically, assess current business conditions and make forecasts to enable them to handle unexpected challenges.

Also in attendance was former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, the patron of the Malaysian Franchise Association.

-- BERNAMA 

Kerajaan Timbang Sokong Francaisi Induk Tempatan Berkembang Di Asia Tenggara

PETALING JAYA, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang menimbang memberikan sokongan yang sewajarnya kepada francaisi induk tempatan untuk memfrancaiskan produk antarabangsa di wilayah ASEAN yang dibenarkan atau negara-negara di Asia Tenggara.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=704344
Published: October 24, 2012

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata syarikat jenama asing tersebut haruslah merupakan perniagaan yang berinovasi dan berteknologi tinggi serta ibu pejabat urusan dikekalkan di Malaysia.

"Kerajaan mengalu-alukan francaisi induk tempatan memperoleh hak kewilayahan francais asing bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau Asia Tenggara atau ASEAN untuk mengembangkan rantau ini.

"Trend ini juga akan menyokong hasrat kerajaan membangunkan Malaysia sebagai francais Asia Tenggara menjelang tahun 2020," beliau berkata pada malam Anugerah Francais Malaysia 2012 di sini, Selasa.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mengalu-alukan kemasukan jenama asing yang berinovasi dan terbukti berjaya ke pasaran tempatan dan sehingga kini, 61 sistem francais asing telah dibawa masuk dan didaftarkan oleh francaisi induk tempatan.

"Jenama asing, di mana hak francais induk yang telah diberikan kepada francaisi induk tempatan, akan memberi usahawan tempatan lebih pilihan untuk melabur dalam perniagaan francais yang terbukti berjaya walaupun asing.

"Ini bukan sahaja akan menentukan kemasukan teknologi dan inovasi baru untuk meningkatkan kualiti perniagaan, malah akan menentukan pelaburan domestik negara dapat ditingkatkan," katanya.

Ismail juga menggalakkan model dan strategi perniagaan serta sistem operasi dikaji semula secara berterusan untuk ditambah baik dan mengutamakan pembangunan modal insan bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

"Perniagaan, walaupun berskala besar atau mikro memerlukan keprihatinan dan penelitian yang rapi dan perniagaan francais tidak dikecualikan dari kenyataan ini.

"Oleh itu, saya menyeru usahawan francais supaya mengadakan perancangan strategik dengan menilai suasana perdagangan terkini serta melakukan ramalan bagi menangani cabaran di luar jangkaan," katanya.

Majlis anugerah itu turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku penaung Persatuan Francais Malaysia.

-- BERNAMA

Kerajaan timbang sokong francaisi berkembang di Asia Tenggara

PETALING JAYA - Kerajaan sedang menimbang memberikan sokongan yang sewajarnya kepada francaisi induk tempatan untuk memfrancaiskan produk antarabangsa di wilayah ASEAN yang dibenarkan atau negara-negara di Asia Tenggara.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kerajaan-timbang-sokong-francaisi-berkembang-di-asia-tenggara-1.97527
Published: October 24, 2012

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata syarikat jenama asing tersebut haruslah merupakan perniagaan yang berinovasi dan berteknologi tinggi serta ibu pejabat urusan dikekalkan di Malaysia.
  
"Kerajaan mengalu-alukan francaisi induk tempatan memperoleh hak kewilayahan francais asing bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau Asia Tenggara atau ASEAN untuk mengembangkan rantau ini.
  
"Trend ini juga akan menyokong hasrat kerajaan membangunkan Malaysia sebagai francais Asia Tenggara menjelang tahun 2020," beliau berkata pada malam Anugerah Francais Malaysia 2012 di sini, hari ini.
  
Beliau berkata kerajaan sentiasa mengalu-alukan kemasukan jenama asing yang berinovasi dan terbukti berjaya ke pasaran tempatan dan sehingga kini, 61 sistem francais asing telah dibawa masuk dan didaftarkan oleh francaisi induk tempatan.
  
"Jenama asing, di mana hak francais induk yang telah diberikan kepada francaisi induk tempatan, akan memberi usahawan tempatan lebih pilihan untuk melabur dalam perniagaan francais yang terbukti berjaya walaupun asing.
  
"Ini bukan sahaja akan menentukan kemasukan teknologi dan inovasi baru untuk meningkatkan kualiti perniagaan, malah akan menentukan pelaburan domestik negara dapat ditingkatkan," katanya.
  
Ismail juga menggalakkan model dan strategi perniagaan serta sistem operasi dikaji semula secara berterusan untuk ditambah baik dan mengutamakan pembangunan modal insan bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.
  
"Perniagaan, walaupun berskala besar atau mikro memerlukan keprihatinan dan penelitian yang rapi dan perniagaan francais tidak dikecualikan dari kenyataan ini.
  
"Oleh itu, saya menyeru usahawan francais supaya mengadakan perancangan strategik dengan menilai suasana perdagangan terkini serta melakukan ramalan bagi menangani cabaran di luar jangkaan," katanya.
  
Majlis anugerah itu turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku penaung Persatuan Francais Malaysia. - Bernama

Syarikat Warisan Losong To Get Halal Certification To Market Products Overseas

KUALA TERENGGANU, Oct 23 (Bernama) -- Syarikat Warisan Losong Enterprise, known for its 'keropok' (fish cracker) products, is striving to get halal certification to enable it to penetrate international markets and subsequently break the competition barrier locally.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=704291
Published: October 24, 2012

Assistant Manager, Suhaimi Ali, said getting the halal certification is an added value for the products, branded under Keropok Warisan Losong (KWL), thus enabling the company to spread its wings to foreign markets.

"At present, we are attending a course organised by Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Mardi) and UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) to enable us to obtain the halal certification," he told Bernama here Tuesday.

Suhaimi, 53, started the keropok lekor business in 1983 with a capital of RM10,000.

The business has flourished since then and the income was good so much so that the company was able to purchase a piece of land valued at RM75,000 in 1985.

Without taking any credit from finance companies or contribution from any party, the company managed to construct a RM40,000 building to house its operations.

"We looked for capital on our own to construct the building and since then, our business has expanded and grown to what it is today," he said.

According to Suhaimi, the company's assets including land, building and equipment to produce the keropok lekor, was estimated to be worth RM2 million.

Currently, KWL products generated sales of between RM3,000 and RM5,000 a day and this can increase to RM10,000 a day during holidays or festive holidays.

The company's keropok business is still strong despite stiff competition from other producers, he said, adding KWL employs eight workers comprising five permanent staff and three part-time assistants.

-- BERNAMA 

Hardee Herba sasar pendapatan RM5 juta

SYARIKAT pengeluar minuman berasaskan herba, Hardee Herba (M) Sdn Bhd menerusi jenama Jussulin berhasrat mencapai sasaran jualan RM5 juta sepanjang tahun ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/hardee-herba-sasar-pendapatan-rm5-juta-1.97170
Published: October 24, 2012

Hardee Herba
Hardee Herba
 
Pengarahnya, Abdul Hardee Abu Bakar, 52, berkata, kilang yang terletak di Kajang mampu menjual 15,000 botol sebulan dengan purata anggaran 6,000 botol sehari.

“Dengan sasaran itu, kami yakin dapat menjual sehingga satu juta botol sebulan menjelang akhir tahun ini.
“Bagaimanapun, untuk mencapai sasaran itu, kami berhasrat membuka kilang lebih besar bagi menampung permintaan yang semakin tinggi," katanya yang kini mempunyai empat pekerja kilang sepenuh masa dengan mesin yang beroperasi secara manual.

Menurutnya, pembukaan kilang baru itu dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun hadapan dengan jumlah pelaburan RM500,000 untuk proses pembinaan dan membeli mesin baru.

Katanya, Hardee Herba mengalu-alukan mana-mana pengedar individu yang berminat untuk menjadi pengedar di seluruh negara. Sehingga kini, syarikat mempunyai 100 pengedar dan 10 stokis termasuk empat di Sarawak.

“Kami berhasrat untuk ke pasaran Sabah menjelang akhir tahun ini," katanya yang telah menubuhkan syarikat itu sejak 2008 sebelum dikomersialkan pada 2009.

Menurutnya, syarikat turut merancang menerokai pasaran luar negara, didahului Indonesia menjelang awal 2013. Sebelum ini, produk Hardee Herba sudah berada di Brunei menerusi pengedar secara tidak langsung.
“Selain itu, kami juga bakal memperkenalkan produk baru berasaskan minuman herba pada November nanti,” katanya.

Jussulin adalah minuman mengandungi campuran lapan jenis herba dijual dengan harga RM25 bagi pasaran semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak RM30 sebotol.

Tuesday, October 23, 2012

MDV - Insentif Dasar Lorong Hijau

Inisiatif kerajaan bantu rancak pertumbuhan syarikat PKS
Syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi, teknologi hijau dan sektor pertumbuhan tinggi lain berpeluang menikmati insentif di bawah Dasar Lorong Hijau bagi pinjaman yang ditawarkan Malaysian Debt Ventures Bhd (MDV).  

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/InsentifDasarLorongHijau/Article/index_html
Published: October 23, 2012

MDV tawar insentif bantu PKS kembang perniagaan.<br><i>- Gambar hiasan</i>  
MDV tawar insentif bantu PKS kembang perniagaan.- Gambar hiasan

Antara insentif itu ialah pinjaman dengan subsidi kadar faedah dua peratus setahun, pengecualian cukai, urusan lebih mudah dalam kontrak pembekalan kerajaan serta syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MDV, Datuk Md Zubir Ansori Yahaya berkata, Dasar Lorong Hijau yang bertujuan untuk mempercepatkan dan memudahkan urusan perniagaan itu satu inisiatif kerajaan untuk terus merancakkan pertumbuhan PKS di negara ini.


Kemudahan kewangan
Beliau berkata, pelaksanaan insentif di bawah dasar itu akan mengukuhkan lagi sokongan MDV terhadap PKS yang terbabit dalam sektor ICT, bioteknologi, teknologi hijau dan sektor pertumbuhan tinggi lain dengan menyediakan kemudahan kewangan inovatif kepada mereka.

Katanya, dengan subsidi kadar faedah dua peratus setahun, insentif cukai, pengecualian duti setem dan keutamaan dalam mendapatkan kontrak pembekalan kerajaan dan syarikat di bawah MoF Inc, MDV yakin dasar itu akan mewujudkan peluang yang lebih baik kepada PKS inovatif untuk melancarkan perniagaan mereka.

“Kita selalu mendengar kesukaran PKS, terutama yang terbabit dalam sektor teknologi mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

“Dengan Dasar Lorong Hijau ini, MDV sebagai satu daripada pembiaya utama di negara ini yakin dapat membantu lebih banyak PKS mendapatkan kelebihan, dan seterusnya meningkatkan daya saing mereka dalam sektor teknologi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Tinjau peluang
Ia kini sedang meninjau lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dalam beberapa program baru, bagi menggalakkan pembabitan lebih banyak syarikat yang diperbadankan tempatan dalam tiga sektor yang dimandatkan iaitu ICT, bioteknologi dan teknologi hijau.

MDV sokong Dasar Lorong Hijau merangsangkan PKS Malaysia

KUALA LUMPUR - Malaysian Debt Ventures Bhd (MDV), anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang Diperbadankan (MoF), hari ini mengumumkan komitmen penuhnya ke arah pelaksanaan Dasar Lorong Hijau.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mdv-sokong-dasar-lorong-hijau-merangsangkan-pks-malaysia-1.96998
Published: October 23, 2012

Skim yang baharu diperkenalkan itu, satu inisiatif oleh kerajaan untuk terus merancakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus mengiktiraf kepentingan PKS kepada pembangunan ekonomi negara.
  
Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV,  Datuk Md Zubir Ansori Yahaya berkata dasar itu akan membantu lebih ramai PKS mendapatkan kelebihan dan seterusnya memperbaiki daya saing dalam sektor teknologi.
  
Md Zubir berkata dengan kadar yang disubsidikan iaitu dua peratus setahun, insentif cukai, pengecualian duti setem dan keutamaan dalam aktiviti pemerolehan oleh syarikat-syarikat MoF Inc, MDV yakin yang dasar itu akan mewujudkan peluang yang lebih baik untuk PKS yang inovatif untuk melancarkan perniagaan mereka.
  
Sejak penubuhannya pada 2002, MDV telah meluluskan pinjaman berjumlah  RM6.25 bilion kepada 445 syarikat, dengan kira-kira RM3.5 bilion untuk PKS teknologi.
  
MDV pada masa ini sedang meninjau lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam beberapa program baharu, bagi menggalakkan penglibatan lebih banyak syarikat yang diperbadankan tempatan dalam tiga sektor yang dimandatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Bioteknologi dan Teknologi Hijau.
  
Untuk tahun ini, MDV telah memperuntukkan RM970 juta untuk menyokong sektor-sektor ini.
  
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mdv.com.my. - Bernama

RM1b perkasa milikan ekuiti Bumiputera

YAYASAN Kajian dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (YKPD) akan melancarkan Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera Bhd, esok 24 Oktober) dengan dana permulaan RM1 bilion.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM1bperkasamilikanekuitiBumiputera/Article/index_html
Published: October 23, 2012

Pengerusi YKPD merangkap Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Alattas berkata, tabung itu bertujuan memperkasakan sokongan terhadap usaha meningkatkan peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat di negara ini.

“Secara ringkasnya, tabung ini membabitkan skim pelaburan kolektif daripada ahli (DPMM), usahawan Bumiputera dan individu bersama dengan agensi kerajaan.
“Saya mengusulkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akhir tahun lalu mengenai cadangan penubuhan tabung ini dan beliau bersetuju dengannya,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah dana RM1 bilion itu, RM500 juta dikeluarkan kerajaan menerusi agensinya, manakala selebihnya pelabur terdiri daripada masyarakat Bumiputera.

“Mengikut cadangan, 50 peratus daripada dana datangnya daripada agensi kerajaan dan pelaburan membabitkan tempoh tidak kurang lima tahun. Selepas tempoh itu, tabung ini akan kita uruskan sendiri,” katanya sambil menambah idea untuk membentuk tabung itu timbul apabila kerajaan mengumumkan untuk menjual syarikat amanah miliknya.

Halal Chinese delicacies boom

Bumiputra-owned Hyper Food Holdings eyeing sales expansion into Middle East next year
LOCAL bumiputra-owned Hyper Food Holdings Sdn Bhd is looking to expand into the Middle East next year with its halal food business of Chinese delicacies to suit the Muslim community.

Source from (The Malay Mail): http://www.mmail.com.my/story/halal-chinese-delicacies-boom-34526
Published: October 23, 2012

Founded by Wan Saha Farid, the company is gaining traction in the halal industry — especially the much sought after bak kwa or barbequed meat, floss varieties and dim sum.

“We are in talks to expand our market into the Middle East into places like Mecca, the holy city of Medina, Oman and Dubai to cater to the growing demand of Muslim community and tourist,” Wan Saha, who is also the managing director, said in an interview.

daging
HALAL: Barbequed meat sold under the Saha housebrand

The food manufacturer has among other certifications, the halal stamp from the Deparment of Islamic Development (Jakim). It is now in negotiations with several potential buyers seeking to acquire expertise in the halal food segment for the Indonesian and Indian markets.

Being one of the pioneers who saw the potential to bring these oriental delicacies to the Muslim community, Wan Saha founded Hyper Food Industries back in 2006 to tap into local demand.

Having studied at a Chinese vernacular school in Kuantan, Wan Saha is accustomed to the Chinese community way of life and their food. He also speaks fluently three Chinese dialects of Mandarin, Cantonese and Hokkien.

“I want the Muslim community to be able to enjoy these products with peace of mind, without worrying whether the food was prepared according to the required Muslim standards while maintaining quality.”

He said the ingredients are sourced locally and from Japan.

Almost 90% of its products are distributed to cater to the local demand from hypermarkets, high-end grocers, hotels, hospitals, bakeries including food distributors, he added.

To date, Hyper Food offers over 200 products of ready to eat and frozen smoked meat and meat flosses including other finger food — where half of its production are channelled to the original equipment manufacturer segment.

The rest are produced under its housebrands of Hyper, Salai Kings, Smoked House and Saha.

Buoyed by demand, the company is expecting to increase its annual revenue from RM6 million last year, to between RM8 million and RM10 million by this year, he said optimistically.

The firm also exports its products to Singapore and Brunei, Wan Saha said. The company has allocated RM10 million to build its fourth plant in the country for expansion plans.

The dim sum varieties are produced at the Kajang plant, while the smoked meat and floss products are manufactured at two other plants in Sungai Buloh, he added.

The ready to eat halal barbequed smoked meat comes in five different flavours from chicken, beef, mutton, duck, fish, buffalo to camel.

Peluang Usahawan Muda Bumiputera Sertai Bidang Telco

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Satu cara mudah dan berkesan bagi para usahawan muda Bumiputera menceburi bidang industri telekomunikasi bernilai jutaan ringgit di Malaysia adalah dengan cara menjadi agen syarikat yang kukuh.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=703770
Published: October 23, 2012

Pengarah Teknikal dan Pemasaran Hussein Resources Sdn Bhd Adnan S. Hussein berkata, melalui cara itu, golongan muda itu akan mudah untuk menyertai industri tersebut dan berusaha meningkat lebih tinggi lagi di dalam industri itu.

Katanya industri telekomunikasi Malaysia kini bernilai sekitar RM22 bilion.

Katanya syarikatnya, satu agensi telekomunikasi yang diluluskan bagi pengendali telekomunikasi perdana, mempunyai rancangan untuk membantu belia sedemikian dengan menyediakan mereka latihan dan peralatan yang betul untuk berjaya.

"Kami juga boleh mengadakan latihan bagi syarikat kerjasama, persatuan, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan lain yang berminat bagi anggota masing-masing yang berminat menceburi bidang yang memberikan pulangan lumayan ini," katanya kepada Bernama.

Melalui panduan dan pelan jualan yang betul, Adnan berkata mereka boleh mendapat pendapatan sehingga RM1,000 hingga RM2,000 sebulan dalam tempoh masa yang singkat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi syarikat itu melalui emel: hussein.resources@redtonemoble.com or call 012-2082194 atau 012-2152556.

-- BERNAMA