Wednesday, August 29, 2012

Usahawan Bimbingan Mardi Di Terengganu Berjaya Tingkatkan Pendapatan

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=690441

Published: August 29, 2012

KUALA TERENGGANU, 28 Ogos (Bernama) -- Usahawan program bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Terengganu bersyukur kerana pendapatan mereka meningkat sehingga 30 peratus melalui bimbingan dan kemudahan yang disediakan badan itu.

Seorang usahawan satar dan otak-otak, Mohd Sahir Mohd Noh yang memanfaatkan sepenuh kemudahan makmal 'test bed' Mardi di sini berkata beliau sebelum ini menggunakan cara tradisional untuk menjual satar dan otak-otak keluarannya.

"Dahulu saya hanya dapat menjual kira-kira 1,000 biji satar dan otak-otak sahaja setiap hari, namun dengan menggunakan kemudahan mesin berteknologi tinggi di makmal test bed Mardi ini, saya boleh menghasilkan 2,000 biji setiap kali datang ke sini.

"Saya datang bersama enam pekerja untuk memproses 56 kilogram adunan isi ikan selama dua hari setiap minggu dan menyimpan kesemua produk yang telah siap dalam bilik sejuk beku di sini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di makmal 'test bed' Mardi di Manir dekat sini, Selasa.

'Test Bed' merupakan makmal teknologi pemprosesan makanan berasaskan ikan yang dilengkapi lapan jenis mesin canggih selain bilik sejuk beku untuk kemudahan pengeluaran berskala kecil bagi produk makanan terpilih.

-- BERNAMA

No comments: