Wednesday, October 17, 2012

Cecah 100 Mbps untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cecah100Mbps/Article/index_html

Published: October 17, 2012

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

HAB teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) - Cyberjaya, maju selangkah lagi dengan menawarkan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi mencecah 100 Megabait sesaat (Mbps), sekali gus bakal memanfaatkan 3,300 kediaman baru dan 1,400 pejabat termasuk syarikat bertaraf perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, inisiatif itu dijayakan hasil kerjasama dua syarikat tempatan iaitu Setia Haruman Technology Sdn Bhd (SHTech) dan Time dotCom Sdn Bhd (Time), selaras dengan usaha memenuhi keperluan industri ICT.

“Ia membabitkan pemasangan kabel fiber optik sepanjang 35 kilometer (km) dan akan menghubungkan semua bangunan yang terbabit dalam industri reka bentuk bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi. “Lebih menarik, pakej ditawarkan hanya RM999 sebulan, iaitu yang pertama ditawarkan di negara ini dan hanya boleh diperoleh di Cyberjaya. Bagaimanapun pakej untuk penghuni kediaman belum diputuskan lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Infra Cyberjaya 2012, di Cyberjaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec), Datuk Mohd Badlisham Ghazali; Pengarah Setia Haruman Sdn Bhd, Datuk P Kasi dan Pengarah Urusan Cybeview Sdn Bhd, Ir Hafidz Hashim.

Pada majlis itu, Maximus turut melancarkan WiFi Cloud iaitu satu sistem penyelesaian inovatif yang membolehkan pekerja mengakses sistem komputer syarikat secara tanpa wayar di mana saja.

Maximus berkata, projek WiFi Cloud dikendalikan MDeC mampu menarik lebih banyak pelaburan syarikat gergasi telekomunikasi ke Cyberjaya, sekali gus menggalakkan kemunculan dan penggunaan teknologi baru di Koridor Raya Multimedia (MSC).

No comments: