Monday, October 22, 2012

RAWANG Burger Bakar (RBB) Buka peluang kepada usahawan muda

RAWANG Burger Bakar (RBB) menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan muda yang berminat menjalankan perniagaan makanan segera secara konsep santai menggunakan konsep rakan niaga.
Pengurusnya, Mohd Fadzil Mohd Halime berkata, syarikat itu kini memiliki 30 cawangan di seluruh negara dengan memperluaskan cita rasa burger yang dibakar menggunakan dapur kayu arang.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukapeluang/Article/index_html
Published: October 22, 2012

Beliau berkata, konsep RBB mula diperkenalkan di Seksyen 5 Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur sejak 30 November 2011 dan sudah melebarkan pasaran ke seluruh negara termasuk Terengganu, Kedah, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Kami mewujudkan perniagaan francais untuk memperkenalkan keistimewaan RBB yang terletak pada daging buatan sendiri dan kaedah pembakaran kayu arang, tidak seperti di tempat lain yang menggunakan hot plate atau lava stone.

“Sehingga akhir tahun ini, kami menyasarkan penambahan rakan niaga kepada 50 buah cawangan seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui di Melaka.

Mohd Fadzil berkata, dengan modal serendah RM1,500, rakan niaga khususnya golongan belia yang berminat boleh menyertai perniagaan RBB. yang kini berkembang secara agresif.
Sejak mula di Wangsa Maju, perniagaan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan pencapaian jualan sehingga 800 biji burger sehari dan pendapatan sebanyak RM6,400 dan bagi memenuhi permintaan bekalan daging burger ke semua cawangan seluruh negara, pihaknya kini membekalkan sebanyak 300 kilogram daging yang diproses sendiri setiap hari.

“Pendapatan bersih di semua cawangan lain juga amat memberangsangkan dan boleh mencapai pendapatan sehingga RM800 sehari, malah meningkat pada hujung minggu,” katanya sambil menambah daging burger yang dibakar dengan menggunakan arang mempunyai aroma mempesonakan dan dapat mengekalkan jus daging bertahan lama.
Pilihan burger yang ditawarkan kini termasuk I Love U, Ombak Rindu, Hot Shot, Double Riang, Chicken Pop, Madu Tiga, Hot Chic, Valentine's, Burgembira dan KLCC.

No comments: