Tuesday, October 9, 2012

KSOS 2 penyelesai keselamatan Internet PKS

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ksos-2-penyelesai-keselamatan-internet-pks-1.92794

Published: October 09, 2012

Wartawan Sinar Harian
Kaspersky Lab melancarkan produk baru Kaspersky Small Office Security (KSOS 2) versi kedua sebagai satu penyelesaian yang direka bentuk memenuhi keperluan perniagaan kecil perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai lima pengguna ke atas.

Pengarah Rangkaian Jualan SEAnya, Jimmy Fong berkata, Kaspersky Lab menawarkan produk keselamatan Internet bagi syarikat kecil dengan tahap prestasi cemerlang tanpa perlu melatih individu menguruskan rangkaian.

“KSOS 2 dibangunkan khusus untuk syarikat-syarikat kecil yang menawarkan perlindungan komprehensif dan ciri-ciri canggih yang boleh diuruskan daripada komputer kompak tunggal tanpa latihan kerana mudah untuk digunakan,” katanya.

Menurutnya, sebagai syarikat PKS tempatan yang berinovasi, melindungi data dan harta intelek daripada dicuri atau bocor menjadi penting daripada serangan malware luaran.

Katanya, menyimpan data yang disokong dan dijamin adalah kepentingan yang lebih besar. Ini membuktikan bahawa  pejabat kecil dan pejabat rumah (SOHO) dan PKS memerlukan satu penyelesaian yang mudah untuk mengurus tanpa latihan dan komprehensif menjadikan KSOS 2 pilihan yang sempurna.

KSOS 2 didatangkan dengan ciri-ciri terbaru dan boleh digunakan sehingga 25 pengguna dengan harga bermula RM750 hingga RM2, 470 bagi satu tahun lesen dan RM 1,710 hingga RM3,720 bagi dua tahun lesen, menerusi pengedar sah Kaspersky Lab K-Now Distribution.

No comments: