Wednesday, March 6, 2013

NEF sasar bantu 3,000 syarikat kecil

Seremban: Yayasan Usahawan Baru (NEF) menyasarkan membantu sekurang-kurangnya 3,000 syarikat bersaiz kecil dan sederhana di seluruh negara yang terbabit dalam memasarkan perisian dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT).

Source from (Harian Metro): http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/NEFsasarbantu3_000syarikatkecil/Article/index_html
Published: March 06, 2013

Ketua Pegawai Eksekutif NEF Firdaus Johar berkata, NEF adalah organisasi bukan berteraskan keuntungan yang diwujudkan oleh pemain industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pihaknya akan berusaha membantu usahawan berkenaan sehingga berjaya.

Beliau berkata, dalam merealisasikan matlamat itu, NEF akan bekerjasama dengan lebih 10 agensi kerajaan dan swasta bagi menyediakan ekosistem yang kondusif untuk industri ICT serta kreatif khususnya membabitkan pembiayaan, akses pasaran dan kemahiran. “Melalui dana yang disalurkan kerajaan berjumlah RM50 juta, matlamat kami adalah untuk membangunkan jaringan usahawan ICT dan kreatif pada semua peringkat tanpa mengira saiz syarikat.

“Menerusi kerjasama dengan Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia, sebanyak 14 program dikenal pasti untuk dibangunkan dengan harapan dapat mewujudkan rangkaian peniagaan yang mampan di kalangan usahawan,” katanya ketika ditemui, semalam. selepas Majlis Perasmian Karnival ICT dan Kreatif Peringkat Negeri Sembilan, di sini.

Majlis itu dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Najeeb Abdullah. Hadir sama Pengerusi Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia, Kahar Kamaruddin serta Presiden Persatuan Belia Negeri Sembilan, Wan Salwati Abdullah.

Firdaus berkata, adalah penting bagi syarikat Bumiputera berdaftar dengan rangkaian pengedaran kebangsaan (MyNEF) untuk membolehkan pihaknya mengenal pasti peluang perniagaan dan perantaraan yang sesuai.

No comments: