Thursday, October 11, 2012

Volvo, Stanchart tawar penyelesaian kewangan kepada PKS

KUALA LUMPUR - Volvo Malaysia dan Standard Chartered Bank Malaysia telah bekerjasama untuk menawarkan penyelesaian kewangan bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam negara membeli trak-trak berkualiti tinggi.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/volvo-stanchart-tawar-penyelesaian-kewangan-kepada-pks-1.93659
Published: October 11, 2012

Pengarah Urusan Volvo Malaysia Mansoor Ahmed berkata, penyelesaian kewangan yang pertama seumpamanya itu, beserta dengan perundingan kitaran hidup keuntungan secara total (TPOL) oleh syarikat automotif berkenaan, akan membolehkan kenderaan komersil menjadi lebih murah dan cekap dari segi kos dalam jangka panjang untuk PKS.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau menambah yang kedua-dua Volvo dan Standard Chartered akan bekerjasama rapat untuk meneliti dan memberi maklum balas kepada keperluan pengguna dalam masa pusing balik tempoh dua minggu.

Pengurus Besar Perbankan PKS Standard Chartered, Vishal Shah berkata syarikat itu sememangnya mahu bekerjasama dengan Volvo ke arah meneruskan kejayaan strategi perniagaan dengan memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan di Malaysia. - Bernama

No comments: