Saturday, June 2, 2012

1,400 PKS Jepun labur di Malaysia

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/1_400PKSJepunlaburdiMalaysia/Article/index_html

Published: on 02 Jun 2012

PERMINTAAN dan minat daripada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari Jepun untuk mengembangkan pasaran ke Malaysia dilihat semakin memberangsangkan, kata Organisasi Perdagangan Luaran Jepun (Jetro).

Pengarah Urusannya, Joji Ikeshita berkata, prestasi memberangsangkan itu juga mungkin disokong pelbagai kemudahan yang banyak tersedia di Malaysia.

Katanya, syarikat Jepun yang sudah menembusi pasaran tempatan ketika ini lebih kurang 1,400 dan dijangka terus bertambah berikutan Malaysia adalah negara yang strategik serta memiliki banyak sumber.

“Jika sebelum ini, syarikat Jepun dilihat lebih menunjukkan minat untuk datang ke Malaysia bagi mewujudkan dagangan dalam sektor pembuatan, tetapi kini kami melihat lebih banyak bidang yang dapat diceburi,”

katanya kepada media selepas pelancaran Pameran Hiroshima di AEON Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.

No comments: