Thursday, October 11, 2012

Eksport halal sumbang RM16.6b

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/eksport-halal-sumbang-rm16-6b-1.93462

Published: October 11, 2012

CONNIE S MONICAL

Eksport halal sumbang RM16.6b
Mustapa (tiga, kiri) melancarkan Halfest sambil diperhatikan bekas
 Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (dua, kiri) di Kuala Lumpur, semalam.
 

JUMLAH eksport halal bagi produk makanan dan perkhidmatan dalam negara  menyumbang RM16.6 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapa berkata, sehingga kini, Jakim mengeluarkan 4,000 sijil halal secara keseluruhan termasuk sijil daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

“Kami terima permohonan sijil halal yang tinggi dalam suku pertama tahun ini dan dijangka terus meningkat,” katanya selepas pelancaran Halal Fiesta Malaysia (Halfest 2012), di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, negara luar telah mengambil contoh piawaian makanan halal Malaysia iaitu MS15002009.

Katanya, piawaian itu diiktiraf dan diguna pakai negara seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sepanjang tahun lalu, industri halal menarik lebih daripada RM1 bilion menerusi pelaburan langsung asing ke dalam negara.

“Manakala, eksport halal menyumbang lima peratus daripada keseluruhan jumlah eksport menerusi produk seperti ramuan halal, manakan dan minuman, bahan derivatif lemak dan minyak, bahan kimia, kosmetik dan penjagaan peribadi serta farmasutikal,” katanya.

Beliau berkata, terdapat lebih 5,000 syarikat yang telah diperakui halal dalam negara, daripada jumlah itu, 630 adalah syarikat yang telah mengeksport produk ke luar negara dan 73 peratus adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, Halfest 2012 melibatkan 718 gerai daripada lebih 600 syarikat di seluruh negara yang menghasilkan produk dan perkhidmatan halal.

Halfest 2012 kali ketiga berlangsung selama lima hari bermula semalam sehingga ahad ini, menyasarkan 70,000 pengunjung sepanjang pameran itu berjalan.

No comments: