Wednesday, October 31, 2012

Peluang ceburi perniagaan francais Kemudi Timur

KOTA BHARU 29 Okt. - Kemudi Timur Elektronik Sdn. Bhd. (Kemudi Timur), sebuah syarikat penjual barangan elektrik di negeri ini akan membuka peluang perniagaan francais kepada usahawan bumiputera yang berminat menceburi bidang sama.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121030/wt_03/Peluang-ceburi-perniagaan-francais-Kemudi-Timur
Published: October 31, 2012

Pengasas syarikat itu, Shabki Abdullah berkata, peluang tersebut perlu direbut oleh usahawan yang mempunyai hasrat untuk menjadi ahli perniagaan berjaya pada masa depan.

"Ini adalah harapan syarikat kami untuk menjalankan perniagaan francais kerana ia membuka peluang terutama kepada golongan bumiputera untuk menceburi bidang ini.

"Sekiranya berjaya, ia akan meletakkan taraf bumiputera ke tahap yang lebih tinggi selain turut menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, usahawan yang berminat boleh menghubungi talian 019-9396464 untuk mengetahui maklumat lebih lanjut atau berkunjung ke ibu pejabatnya di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.
Kemudi Timur merupakan antara syarikat penjual barangan elektrik paling berjaya di negeri ini yang mempunyai 14 cawangan termasuk dua di Taman Greenwood, Selangor.

Ketika ditubuhkan pada 1997, syarikat itu lebih dikenali sebagai Kemudi Timur Enterprise sebelum ditukar kepada nama sekarang pada 2002 dengan pegangan saham 100 peratus milik bumiputera.

Sebelum memulakan perniagaan sendiri, Shabki merupakan seorang jurujual di sebuah syarikat penjual barang elektrik, namun atas usahanya beliau telah mengambil alih perniagaan itu dengan modal RM50,000.
Pada 1999, anak jati Kelantan itu membuat keputusan untuk membuka cawangan perniagaannya di negeri ini dan usaha itu akhirnya membawa satu kejayaan besar.

"Saya mahu berkongsi perniagaan ini kepada semua orang. Apa yang saya capai sekarang adalah hasil usaha keras diri sendiri justeru orang lain juga boleh berjaya," katanya.

No comments: