Monday, October 15, 2012

CIMB Islamic sokong industri halal

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CIMBIslamicsokongindustrihalal/Article

Published: October 15, 2012

CIMB Islamic akan terus memberi sokongan kewangan kepada semua usahawan yang terbabit dalam pengeluaran produk halal kerana ia adalah industri yang strategik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Badlisyah Abdul Ghani, berkata CIMB Islamic akan memberikan sokongan kewangan kepada usahawan halal selagi mereka mempunyai aliran tunai, promosi produk dan cadangan perniagaan yang baik.

Beliau berkata, CIMB Islamic mengambil keputusan memberi sokongan kepada pembangunan industri halal di Malaysia menerusi pelbagai pendekatan termasuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dan Halal Fiesta Malaysia (HALFEST).

"CIMB Islamic telah menyokong MIHAS yang disasarkan untuk segmen perniagaan ke perniagaan (B2B), dan kini kami mahu membantu perniagaan kepada pengguna menerusi HALFEST," katanya.

Mengulas lanjut, Badlisyah berkata, pembabitan CIMB Islamic pada HALFEST tahun lalu memberikan pulangan yang memberangsangkan apabila bank mencatat permohonan pembiayaan sebanyak RM240 juta.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM145 juta diluluskan dan RM100 juta pembiayaan dikeluarkan kepada pelanggan.

CIMB Islamic menawarkan pakej pembiayaan premis Perniagaan-i pada kadar pembiayaan asas tolak 2.20 peratus (BFR-2.20 peratus). Ini bermakna kadar efektif semasa hanyalah 4.4 peratus berdasarkan kadar pembiayaan asas semasa 6.60 peratus," katanya.
HALFEST adalah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global.

HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platform membangunkan pasaran Halal pada peringkat negara.

CIMB Islamic penganjur HALFEST 2012 yang berlangsung selama lima hari bermula 10 Oktober lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

No comments: