Wednesday, October 31, 2012

Pelajar IPTA bantu PKS

KUALA LUMPUR – Seramai 68 pelajar dari 12 universiti awam mengambil bahagian dalam SME-University Internship 2012 Championship anjuran SME Corp dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pelajar-ipta-bantu-pks-1.98586
Published: October 31, 2012

Pelajar IPTA bantu PKS
Wakil UTHM menerima baucer buku daripada Mustapa, 
diiringi Pengerusi SME Corp, Datuk Mohamed Al Amin.

Program anjuran SME Corp Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi ini telah dirasmikan Kejohanan sulung ini bertujuan mengiktiraf bakat dan keupayaan pelajar dalam ‘memulihkan’ perniagaan kecil dan membawa kesan positif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Aspek penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk jualan, pemasaran, promosi, pengurusan dan penggunaan Tekonologi Maklumat (IT) dalam aktiviti perniagaan mereka.

Kejohanan ini adalah kemuncak kepada Program ‘SME-University Internship’, yang merupakan usaha menggalakkan minat keusahawanan di kalangan pelajar.

Pasukan yang terlibat dalam Kejohanan yang diadakan pada hari tersebut ialah telah membentangkan idea-idea kreatif dan praktikal mereka kepada panel hakim bagi membantu PKS yang terpilih.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapa Mohamed dalam ucapannya berkata, selain daripada menggalakkan pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya dan meneroka setiap peluang untuk memulakan kerjaya sendiri, beliau turut menyatakan kerajaan akan terus berusaha mewujudkan lebih banyak peluang serta insentif membantu merealisasikan impian mereka menjadi usahawan.

Antara hadiah yang dimenangi termasuklah pinjaman perniagaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan jumlah maksimum sebanyak RM50, 000 untuk setiap individu bagi memulakan perniagaan, berdasarkan projek yang telah dibentangkan.

Bagi pemenang yang tidak mempunyai pengalaman dalam memulakan perniagaan, mereka berpeluang mengambil bahagian dalam latihan perantisan selama 6 atau 12 bulan (bergantung kepada jenis perniagaan) di bawah Program Siswazah mereka.

No comments: