Sunday, October 21, 2012

MARA Hasrat Lahir Lima Kelompok Utama Usahawan

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=703547

Published: October 21, 2012

PAGOH, 20 Okt (Bernama) -- MARA berhasrat melahirkan lima kelompok utama usahawan bagi melonjakkan golongan berkenaan dalam menghadapi persaingan sengit pada masa akan datang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, lima kelompok tersebut ialah usahawan korporat, tekno-usahawan, usahawan peruncitan, usahawan pembuatan dan kontraktor berwibawa.

Beliau berkata, usaha itu dipacu dengan strategi pembangunan usahawan baru, pemantapan usahawan sedia ada dan pembangunan enterprise menerusi program pembentukan usahawan, pemasaran, peluang perniagaan, penjenamaan, pembiayaan, latihan industri dan premis perniagaan.

"Bagi melancarkan inisiatif Mara, saya menyeru agar semua agensi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) serta penggiat utama industri memberi kerjsama sebaik mungkin kepada agensi yang dirintis Mara untuk kepentingan bumiputera," katanya.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor anjuran Mara oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

-- BERNAMA

No comments: