Thursday, October 4, 2012

CIMB, Mara, Shapers sokong usahawan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/cimb-mara-shapers-sokong-usahawan-1.91280

Published: October 04, 2012

Wartawan Sinar Harian
MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) dan CIMB Islamic menandatangani memorandum persefahaman secara individu bersama Shapers Malaysia Sdn Bhd (Shapers) bagi mengukuhkan kerjasama sempena Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2012.

Halfest 2012 adalah ekspo kedua yang dianjurkan selepas ekspo pertama mendapat sambutan menggalakkan daripada 50,000 pelawat pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Mohd Rosdi Ismail berkata, selepas kejayaan Halfest 2011, ekspo pengguna pertama dalam sektor halal itu telah melebihi jangkaan.

“Ini telah terbukti bahawa kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta amat diperlukan bagi membantu dan menyokong usahawan dalam platform yang sesuai untuk mencapai sasaran yang lebih besar, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua pihak dalam membangunkan industri ini.

“Ini adalah misi untuk membantu perusahaan mikro tempatan meningkatkan rangkaian perniagaan serta memperluaskan pasaran produk untuk menembusi pasaran global dan sekali gus menjana pendapatan,” katanya.

Di samping itu, ia dapat membangun perniagaan bagi memenuhi permintaan pengguna dalam negara dan seterusnya berdaya saing untuk ke pasaran antarabangsa.

Halfest bertujuan mempromosikan produk halal dikeluarkan syarikat-syarikat tempatan bagi memupuk konsep gaya hidup halal dalam kalangan pengguna.

Melalui platform sepanjang Halfest, usahawan tempatan akan dapat mengembangkan jenama dan pasaran di seluruh negara dan berkembang ke pasaran eksport.

No comments: