Thursday, November 1, 2012

SYARIKAT barangan elektrik milik Bumiputera Jualan RM28j

SYARIKAT barangan elektrik milik Bumiputera, Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd (Kemudi Timur) merancang membuka empat lagi cawangan baru iaitu masing-masing dua di Pasir Puteh dan Machang di Kelantan serta Jerteh dan Besut di Terengganu tahun depan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JualanRM28j/Article/index_html
Published: November 01, 2012

Pengarah Urusannya, Shabki Abdullah berkata, pembukaan cawangan di Terengganu adalah yang pertama di negeri itu memandangkan ia menjadi tumpuan syarikat untuk menembusi kawasan pantai timur selain sebagai langkah untuk memperluaskan lagi operasi syarikat.

“Kita masih belum mempunyai cawangan di beberapa daerah seperti Gua Musang, Kuala Krai, Bachok dan Rantau Panjang di Kelantan,” katanya.

Hadir sama Pengurus Besar Kemudi Timur, Mohd Amir Sham Ramli. Sehingga kini, Kemudi Timur mempunyai sebanyak 13 cawangan termasuk satu di Batu Caves, Selangor membabitkan 120 kakitangan tetap dengan sasaran jualan pada tahun ini RM30 juta.

Katanya, bagi tempoh sehingga suku keempat tahun ini, syarikat mencatatkan jualan RM28 juta dan kebanyakan jualan disumbangkan daripada jualan runcit serta kini mula memasuki pasaran dengan membekalkan barang elektrik ke sekolah dan agensi kerajaan.

Sementara itu, syarikat kini bercadang untuk mewujudkan sistem perniagaan francais bagi membantu graduan Bumiputera yang berminat menceburi bidang perniagaan barangan elektrik dan ia akan dilakukan menerusi kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang akan meneliti cadangan itu.

No comments: