Friday, November 16, 2012

Butik Tudung Wyna Enterprise - Labur RM50,000

PEMBORONG dan pengedar pelbagai jenis koleksi tudung, Butik Tudung Wyna Enterprise bakal meluaskan jenama Tudung Wyna di pasaran tempatan dengan melantik lebih ramai rakan niaga tahun depan.
Pemiliknya, Dawina Che Ghani berkata, perniagaan Tudung Wyna bermula di laman sosial facebook (www.facebook.com/koleksi.wyna) bermodalkan kira-kira RM3,000, namun selepas dua tahun beroperasi, jualannya kini mencecah kira-kira RM15,000 sebulan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LaburRM50_000/Article/index_html
Published: November 16, 2012

“Apabila perniagaan Tudung Wyna mendapat sambutan secara online, selain kedudukan kewangan yang stabil, kini Tudung Wyna beroperasi di butik yang terletak di Bukit China, Ketereh, Kelantan. Kami melabur RM50,000 bagi kos pengubahsuaian serta stok dan di butik ini, kami menawarkan koleksi tudung bawal jahitan eksklusif buatan tangan serta tudung Syria yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

“Kini kami mempunyai kira-kira 50 pengedar dan pemborong dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak selain dari Brunei dan Singapura. Untuk meluaskan perniagaan ini, kami menawarkan pakej pemborong dengan modal permulaan serendah RM500, selain memberi peluang orang ramai menceburi bidang perniagaan,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro, baru-baru ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, beliau menyasar membuka sebuah lagi rangkaian butik Tudung Wyna bagi tempoh dua tahun akan datang di pusat beli-belah bagi membolehkan pelanggan mendapatkan koleksinya secara runcit.

“Kami mengalu-alukan orang ramai dari seluruh negara menyertai kami sebagai rakan niaga dan pengedar. Kami akan membekalkan stok tudung daripada pelbagai koleksi serta kit pemasaran seperti beg kertas dan brosur selain memberi tunjuk ajar untuk memasarkannya.

“Bagi prospek 2013, kami menyasarkan mempunyai kira-kira 100 pengedar dan pemborong. Prospek perniagaan ini adalah cerah kerana Tudung Wyna memasarkan 60 koleksi pada satu masa selain menawarkan corak serta rekaan terkini. Fabrik tudung di import dari negara jiran dengan material kain bawal kelas satu direka berbeza daripada tudung lain di pasaran,” katanya yang menyasar meningkatkan jualan 50 peratus tahun depan disokong pengedar terbarunya itu.

No comments: