Saturday, November 17, 2012

Taib Mahmud Seru Peniaga Bumiputera Sarawak Rebut Peluang Ditawar SEDC

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggesa peniaga kecil bumiputera agar terus merebut peluang perniagaan yang ditawar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=709393
Published: November 17, 2012

Katanya program pembangunan perniagaan SEDC semakin menampakkan kejayaan apabila bilangan peniaga kecil bumiputera di negeri itu bertambah dua kali ganda berbanding 30 tahun dahulu.

"Ini sekali gus membuktikan dasar menggalakkan penglibatan bumiputera dalam perniagaan telah dilaksanakan dengan begitu baik," katanya pada perasmian Kompleks Kubah Ria SEDC, di sini Jumaat.

Pada masa yang sama beliau menyeru peniaga bumiputera agar mengubah sikap dan mengikuti perkembangan semasa kerana bidang perniagaan sentiasa berkembang dan kompetitif selaras peredaran masa.

Beliau juga menegaskan di sebalik galakan penyertaan bumiputera, SEDC tidak meminggirkan peniaga bukan bumiputera.

-- BERNAMA

No comments: