Friday, November 16, 2012

RM320j untuk usahawan Sabah

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) akan memperuntukkan sebanyak RM320 juta kepada usahawan di Sabah tahun hadapan bagi membantu golongan wanita yang ingin menjana ekonomi menerusi program keusahawan. Ketua Pegawai Operasinya, Halid Hasbullah Boestaman berkata, peruntukan itu meningkat kira-kira 27.2 peratus berbanding RM233 juta yang digunakan untuk ahli AIM di Sabah.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM320juntukusahawanSabah/Article/index_html
Published: November 16, 2012

KREATIF...Halid memegang kraftangan yang dijual ahli AIM selepas merasmikan Ulang Tahun ke-13 AIM Cawangan Ranau dan Zero Far.
KREATIF...Halid memegang kraftangan yang dijual ahli AIM selepas 
merasmikan Ulang Tahun ke-13 AIM Cawangan Ranau dan Zero Far. 

“Pada tahun 2013, kita akan menambahkan dua lagi cawangan AIM, sekali gus menjadikan 24 cawangan AIM beroperasi di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ulang Tahun ke-13 AIM Cawangan Ranau dan Zero Far di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lohan Ranau, Sabah.
Halid turut berkata, pihaknya kini dalam usaha menarik ahli AIM untuk menyertai koperasi AIM dengan menyasarkan lebih 300,000 ahli menyertainya.

“Koperasi ini sebenarnya berkonsepkan dari Sahabat kepada Sahabat, di mana ahli AIM boleh menggunakan wang koperasi untuk kemudahan mereka.

“Suami atau anak ahli boleh menyertai sehingga mencecah kepada dua kali ganda penyertaan,” katanya.
Menurutnya, dengan penyertaan daripada komuniti AIM, koperasi itu bakal mengumpulkan kira-kira RM300 juta dana untuk kemudahan sahabat dan keluarga.

Katanya, AIM juga dalam perancangan untuk menubuhkan kios bagi kemudahan ahlinya menjalankan sebarang urusan termasuk pajak gadai dan pembayaran bil setempat.
“Perkhidmatan ini dinamakan i-Sahabat iaitu berkonsepkan kios dengan memberikan kemudahan pajak gadai Ar-Rahnu.

“Selain itu, pelbagai pembayaran bil setempat, insurans takaful dan ejen setem juga boleh dilakukan di kios yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini,” katanya.

No comments: