Sunday, November 18, 2012

Symantec Corporation tawar perkhidmatan baru

Symantec Corporation (Symantec) mengumumkan Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 bagi menjamin keselamatan usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dalam urusan berkaitan teknologi maklumat (IT).

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/symantec-corporation-tawar-perkhidmatan-baru-1.104623
Published: November 18, 2012

Symantec Corporation tawar perkhidmatan baru
Avinash (kiri) menunjukkan perkhidmatan penyelesai keselamatan yang 
boleh didapati melalui Symantec e-store kepada Routley.

Ketua Pemasaran Produk SMB Symantec Asia Pasifik dan Jepun, Philip Routley berkata, lebih daripada tiga per empat PKS di Malaysia dilaporkan menghadapi serangan siber dan memerlukan penyelesaian keselamatan berskala tinggi, mudah dipasang serta diuruskan.

Menurutnya, Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 mampu memberi perlindungan diperlukan dengan ciri pemasangan pantas, perlindungan menghadapi ancaman virus dan malware.
“Ia akan dikemaskan secara automatik bagi menyampaikan perlindungan kritikal bersesuaian bagi pengguna komputer riba, desktop dan fail pelayan.
“Direka khas untuk kegunaan PKS, penyelesaian baru ini menunjukkan komitmen Symantec menawar, membantu, menyampai dan melindungi komuniti perniagaan di seluruh dunia,” katanya.

Pengarah Strategik jualan Symantec Asia Pasifik dan Jepun, Avinash Lotke berkata, PKS adalah kunci rantaian bekalan yang menguruskan maklumat berharga dan memproses data pelanggan dengan kerap.

Avinash berkata, selain kehilangan data berikutan serangan siber, mereka juga berdepan dengan cabaran melindungi perniagaan dengan pembelian, pemasangan, pengurusan sistem keselamatan yang semakin rumit.

“Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 sedia didapati di beberapa negara terpilih melalui rangkaian penjual, pengedar dan penyepadu sistem sah atau menerusi Symantec e-store,” katanya.

No comments: