Friday, November 23, 2012

Syarikat Teras terokai ASEAN

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berstatus Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) perlu menerokai pasaran eksport untuk membentuk persekitaran perniagaan yang mapan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121123/ek_02/Syarikat-Teras-terokai-ASEAN
Published: November 23, 2012

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ketika ini, secara purata sumbangan eksport kepada perolehan syarikat berkenaan hanya lima peratus.

Katanya, ketika ini lebih 250 buah syarikat berstatus Teras telah menjana perolehan sekitar RM10 bilion setahun.

"Lima peratus terlalu sedikit dan mereka perlu menembusi pasaran baharu terutamanya ASEAN yang mempunyai lebih 600 juta penduduk.

"Mereka tidak boleh terus bergantung kepada pasaran tempatan dan perlu keluar bagi membentuk pertumbuhan perniagaan yang mapan," katanya.
...
Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah

No comments: