Sunday, November 4, 2012

Pakar PC bantu belia cipta kejayaan

SHAH ALAM - Pakar PC menerusi Xpert Synergy Sdn Bhd menawarkan kursus intensif berkaitan teknik membaiki dan memasang komputer dalam tempoh singkat bagi golongan belia.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pakar-pc-bantu-belia-cipta-kejayaan-1.100325
Published: November 04, 2012

ThePakarPC
Megat (duduk, kiri) bersama sebahagian peserta dan 
pelatih yang mengikuti kursus ditawarkan Pakar PC.

Pengarah Xpert Synergy Sdn Bhd, Megat Zainurul Anuar Megat Johari berkata, berkonsepkan membaik pulih komputer secara bergerak, syarikat yakin dapat membantu belia kurang bernasib memulakan perniagaan.

Menurutnya, inisiatif itu menjadi platform belia berjaya dalam bidang perniagaan khususnya mereka yang masih belum bekerja.

"Selain diberikan sijil, belia yang telah menguasai kemahiran ini berpeluang memulakan perniagaan sendiri atau bekerja bersama Pakar PC.

"Sehingga kini, Pakar PC berjaya melahirkan tiga usahawan menerusi program dan pelan yang disediakan," katanya kepada Sinar Harian.

Megat berkata, fokus syarikat adalah membantu belia yang masih tidak mempunyai kerja tetap dan berjaya menjadi usahawan.

Menurutnya, Pakar PC beroperasi di sekitar Lembah Klang dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti membaiki, memasang dan memasukkan perisian komputer.

"Syarikat turut menerima tempahan membaiki alat elektronik. Untuk keterangan lanjut, boleh melayari Facebook ThepakarPC atau menghubungi talian 1-800-88-7508," katanya.

No comments: