Monday, November 26, 2012

SDSI lahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan pameran program Satu Daerah Satu Produk (SDSI) peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selama tiga hari bermula 7 Disember ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sdsi-lahirkan-lebih-ramai-usahawan-bumiputera-1.107065
Published: November 26, 2012

SDSI lahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera
Produk berkualiti yang dihasilkan Bumiputera boleh dipromosikan 
melalui program SDSI yang dianjurkan oleh MITI.

Menurut kenyataan MITI, pameran yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan hanya sekadar mewujud atau melahirkan ramai usahawan tetapi membuka peluang untuk meningkatkan pendapatan kepada usahawan-usahawan desa dan belia-belia tempatan.

Program SDSI yang mengambil ilham daripada kejayaan Program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture, Jepun telah diperkenalkan di Malaysia pada 1992 sebagai Satu Kampung Satu Produk (SKSP).

Pada tahun 2002, program ini dikembangkan menjadi Satu Kampung Satu Industri (SKSI) dan pada tahun berikutnya ditukar kepada SDSI yang mencakupi skop lebih luas.

Di samping itu, pameran ini juga dapat memperkukuh masyarakat setempat dengan aktiviti sosio-ekonomi yang berdaya maju, seterusnya mencipta identiti sesebuah daerah melalui produk/perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi serta boleh berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pada masa yang sama, konsep SDSI juga mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung ke negara ini, selain menyumbang ke arah pembangunan budaya masyarakat kreatif dan berinovasi dan seterusnya memupuk keharmonian bermasyarakat melalui aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti.

Program sebegini memberi manfaat kepada peserta dan pengunjung dengan kemudahan yang disediakan seperti pusat sehenti atau one stop center (OSC) bagi memperoleh pelbagai maklumat mengenai bantuan yang disediakan kerajaan.

Terdapat juga aktiviti lain bagi pengunjung seperti pameran dan jualan; seminar keusahawanan; klinik usahawan, menu Malaysia dan sebagainya.

Keunikan pameran Showcase ini berbanding dengan pameran lain adalah konsepnya yang bercirikan usahawan mengikut negeri, contohnya, negeri Melaka mendirikan replika rumah Melaka yang di dalamnya dipamer atau dijual produk keluaran usahawan negeri tersebut.

Objektif pameran ini antara lain mewujudkan dan memperluaskan rantaian perniagaan (networking) di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis, pengimport, hypermarket dari dalam dan luar negara

Melalui program yang disediakan, usahawan dan bakal usahawan boleh memanfaatkan:

Pusat sehenti bagi memperoleh pelbagai maklumat mengenai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan secara terus daripada Kementerian/agensi kerajaan yang turut menyertai
pameran ini;

Memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan menerusi seminar yang dianjurkan; dan

Memperluaskan jaringan perniagaan (networking) dan mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan dalam sesi business matching.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program MATRADE, sila layari www.matrade.gov.my

No comments: