Friday, November 23, 2012

Terenggganu Belanja RM45 Juta Bina Dua Kompleks Usahawan

KUALA TERENGGANU, 22 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM45 juta dibelanjakan kerajaan negeri Terengganu untuk membina dua kompleks usahawan sebagai pengiktirafan kepada pengusaha kraf di negeri ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=710761
Published: November 23, 2012

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata dua kompleks itu ialah kompleks Tuanku Nur Zahirah berharga RM10 juta dan Kompleks Usahawan Terengganu bernilai RM35 juta.

"Kedua-dua kompleks itu telah siap dibina, masing-masing terletak di bandar Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ganu D'Art Gallery di sini Khamis.

Turut hadir pemilik galeri Dr Abdullah Sani.

Abdul Rahin berkata kompleks Tuanku Nur Zahirah menempatkan warisan songket dan batik manakala kompleks usahawan Terengganu pula untuk barangan kraf seperti tembaga, ukiran dan perak.

Sementara itu, Abdul Rahin bekata kerajaan negeri bercadang menjadikan kaki lima Bazar Warisan, berhadapan Pasar Payang di sini sebagai pasar seni, sesuai dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai kota seni pada masa akan datang.

-- BERNAMA

No comments: