Thursday, November 8, 2012

Maxis komited bantu PKS

Maxis Bhd (Maxis), mengukuhkan lagi komitmennya dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyediakan penyelesaian bersepadu menyeluruh pada harga serendah RM600 serentak pelancaran Built for SME Solutions, semalam.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/maxis-komited-bantu-pks-1.101621
Published: November 08, 2012

Maxis komited bantu PKS
Fitri (tengah) bersama Pengurus Besar Bahagian Komersial dan Perniagaan 
SME Maxis, Kenneth Lee (dua, kiri) dan Pengerusi AFAM, Walter Culas 
(dua, kanan) semalam.

Penyelesaian terbaru ini khusus untuk industri logistik dan pengangkutan menyediakan perkhidmatan penyelesaian mudah alih merangkumi pengurusan mesin ke mesin Maxis (M2M), sistem pengurusan logistik dan gudang melalui perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS) Maxis Cloud dan penjimatan talian tetap Maxis (FLS) dengan Unity Hotline.

Ketua Perkhidmatan Perniagaannya, Fitri Abdullah berkata, penyelesaian Built for SME Solutions (logistik) dan pengangkutan ini adalah pelancaran kedua dalam siri pelancaran vertical dari Maxis untuk membantu PKS selepas Built for SME Solutions (peruncitan) yang dilancarkan awal tahun ini.

“Pemborongan dan pengangkutan adalah antara lima industri utama negara, dan ia dijangka akan menjadi budaya pertumbuhan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. Pelancaran ini tepat pada masanya kerana ia direka khusus untuk PKS meningkatkan lagi produktiviti.

“Melalui liputan rangkaian tanpa wayar kami, digabung bersama jangkauan fiber optik yang unggul, Maxis mempunyai keupayaan akses berkelajuan tinggi. Penyelesaian menyeluruh kami termasuk pengkomputeran awan yang dapat membantu PKS mengembangkan perniagaan secara digital,” katanya selepas majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, pengurusan Maxis M2M menawarkan pengusaha lebih banyak maklumat mengenai proses perniagaan mereka. Digabung bersama rangkaian 2G dan 3G, pengusaha boleh memantau perjalanan kenderaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Manakala, Maxis FLS membolehkan PKS menikmati penjimatan menerusi pelan kadar mudah alih Maxis dengan talian tetap pejabat mereka. Dengan panggilan percuma sehingga 38 jam antara talian syarikat, sama ada tetap atau mudah alih, syarikat boleh jimat sehingga 40 peratus ke atas perbelanjaan telefon bulanan syarikat.

No comments: