Saturday, November 3, 2012

Aeon Big masih tertakluk 30% ekuiti Bumiputera

OPERASI Carrefour oleh Aeon Co Ltd (Aeon) masih tertakluk kepada garis panduan di bawah Jawatankuasa Pemborongan dan Pengedaran dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), walaupun pengambilalihannya membabitkan keputusan perniagaan kedua-dua syarikat terbabit.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AeonBigmasihtertakluk30_ekuitiBumiputera/Article/index_html
Published: November 03, 2012

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua syarikat perlu mengikut prosedur dengan memohon kepada kementerian untuk mendapatkan kebenaran menjual dan kebenaran membeli.

“Mereka masih tertakluk kepada syarat untuk memastikan ekuiti 30 peratus Bumiputera dipatuhi. Keputusan perniagaan tak apa, kita tak akan ganggu, itu persetujuan di antara mereka. Tetapi mereka masih tertakluk kepada garis panduan itu.

“Bukan bila dah ambil alih terus tukar dan boleh berniaga atas nama Aeon, masih lagi tidak boleh (berbuat demikian) sebelum mendapat kebenaran daripada kita,” katanya pada sidang media mengumumkan harga maksimum skim kawalan harga musim perayaan Deepavali 2012 di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai pengambilalihan keseluruhan operasi peruncitan Carrefour oleh Aeon dengan nilai RM580 juta yang selesai dilaksanakan 31 Oktober lalu. Proses penjenamaan semula Carrefour yang akan dikenali sebagai Aeon Big sudah dimulakan dan dijangka selesai secara berperingkat. Ditanya mengenai nasib peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memasarkan produk mereka di Carrefour, katanya, beliau belum dimaklumkan secara terperinci berhubung perkara itu.

“Saya tak tahu lagi sebab tidak dimaklumkan secara terperinci, tetapi saya akan memanggil mereka dan akan memberikan syarat itu,” katanya.

No comments: