Tuesday, November 13, 2012

Usahawati Kedah mahu tarik lebih ramai wanita jadi ahli

ALOR SETAR - Usahawan wanita di Kedah dipelawa menyertai Persatuan Usahawan Wanita Wilayah Utara (Usahawati) supaya bidang keusahawanan yang mereka ceburi dapat dibantu untuk berkembang. Presiden persatuan itu, Datuk Dr Maznah Abdul Hamid berkata usahawan yang menyertai Usahawati akan dilatih meningkatkan kepakaran mengikut perniagaan yang mereka ceburi.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=708783
Published: November 13, 2012

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/usahawati-kedah-mahu-tarik-lebih-ramai-wanita-jadi-ahli-1.103257
Published: November 13, 2012

"Hampir 500 usahawan wanita telah pun menyertai Usahawati dan kita nak kumpul seramai mungkin untuk membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan masing-masing," katanya kepada pemberita di satu sidang media di sini hari ini.
  
Maznah berkata mereka yang mahu menyertai persatuan itu perlu mengisi borang dan pihaknya akan membuat penilaian sebelum usahawan berkenaan diterima menjadi ahli.
  
"Ini perlu dilakukan kerana kita mahu mereka yang benar-benar serius dalam perniagaan sahaja menyertai Usahawati. Mereka perlu menunjukkan kesungguhan dalam perniagaan dan kita akan bantu mereka," katanya.

Maznah berkata ahli-ahli Usahawati akan dilatih secara profesional oleh mentor-mentor dari kalangan usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi.
  
"Melalui Usahawati, kita akan mengumpul, menyatu dan menyebarkan perangkaan dan lain-lain maklumat berkaitan dengan perniagaan dan profesion untuk faedah ahli-ahli," katanya.
  
Beliau berkata bagi meraikan semua ahli Usahawati, pihaknya akan mengadakan majlis makan malam amal bertemakan 'Ladies Golden Night' yang akan diadakan pada 7 Disember ini di Hotel Holiday Villa.
  
"Masih ada meja kosong yang bernilai antara RM1,500 hingga RM2,500, jadi usahawan negeri ini yang berminat boleh ikut serta," katanya.
  
Mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Aishah Abdul Latif di talian 012-4086199, Budi Rahayu Abu Bakar 019-4943977 dan Murshidah
Mustaffa 013-4423040.  - Bernama

No comments: