Friday, November 30, 2012

Sektor Swasta Akan Sumbang Ke Arah Meningkatkan Penyertaan Wanita Dalam Tenaga Buruh

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Sektor swasta kemungkinan menyumbang lebih kepada sasaran kerajaan dalam meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 55 peratus menjelang 2015, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Khamis.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712703
Published: November 30, 2012

Beliau berkata yang sektor awam telahpun melaksanakan tugasnya dengan baik dalam isu ini dan itulah sebabnya mengapa kerajaan mengharapkan penyertaan tambahan golongan wanita daripada sektor swasta.

"Sektor swasta perlu tambah lagi pekerja wanita," kata beliau dalam persidangan akhbar selepas merasmikan laporan "Malaysia's Economic Monitor" Bank Dunia bertajuk "Merealisasikan Potensi Wanita".

Setakat tahun lepas, kadar penyertaan wanita telah meningkat kepada 47.9 peratus daripada 46 peratus pada 2010, kata menteri itu.

"Meskipun peratusannya rendah, berbanding dengan negara lain yang mempunyai paras pendapatan yang serupa, kualiti tenaga kerja wanita kita amat tinggi," kata beliau.

Nor Mohamed berkata Perjanjian Pembaharuan Semula kepada Perjanjian Rangka Kerja untuk melanjutkan kerjasama dengan Bank Dunia untuk tiga tahun lagi mulai tahun depan telahpun dimeterai.

-- BERNAMA

No comments: