Wednesday, November 7, 2012

Usahawan Dinasihatkan Jangan Amalkan Sindrom Usahawan Teh Tarik - Mukhriz

KULIM, 6 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menasihatkan usahaan muda di negara ini supaya lebih kreatif dan tidak mengamalkan "Sindrom Teh Tarik" kerana usaha sedemikian tidak akan kekal lama.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=707419
Published: November 07, 2012

"Usahawan muda kini perlu kreatif dan jangan menjalankan usahaniaga yang meniru sesama sendiri kerana ia boleh menjejaskan perniagaan mereka sehingga terpaksa 'gulung tikar', katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jom Jadi Usahawan (2J1U) di sini, hari ini.

Mereka sepatutnya bersaing secara sihat menggunakan kreativiti sendiri untuk menarik perhatian pengguna dan menambah baik sesuatu usahaniaga itu supaya tidak ketara unsur tiru meniru itu," katanya.

Beliau mahu mereka mengelak daripada menjalankan usaha yang sama dan di persekitaran yang sama kerana ia satu perkembangan tidak sihat.

Karnival dua hari itu dianjurkan UnilKL Malaysia Spanish Institute (MSI) dan Pusat Keusahawanan Siswa (PKS).

-- BERNAMA

No comments: