Thursday, November 29, 2012

Mofaz buka Circle K

Kumpulan Mofaz Sdn Bhd (Mofaz) dan Circle K Sunkus of Japan (Circle K Sunkus) menjalinkan kerjasama secara rasmi untuk membawakan rangkaian kedai runcit serbaneka Circle K di Malaysia, menjelang suku ketiga 2013.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mofaz-buka-circle-k-1.107702
Published: November 29, 2012

Mofaz buka Circle K
Kedai serbaneka Circle K yang popular di Jepun bakal dibuka 
dalam negara menerusi kerjasama bersama Kumpulan Mofaz Sdn Bhd

Presiden Kumpulannya, Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, Circle K Sunkus dan MOFAZ bersedia untuk mewujudkan model perniagaan yang mampan untuk usahawan yang serius dalam negara.

"Kami turut membuka peluang bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dalam bidang barangan harian keperluan pengguna untuk disenaraikan di dalam rangkaian Circle K yang bakal diperkenalkan di seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Circle K Sunkus Motohiro Nakamura berkata, kerjasama ini berdasarkan kepercayaan bahawa Malaysia akan dapat menyokong pengembangan ekonomi berpusat kepada keperluan pengguna pada kadar yang pesat, berdasarkan pembangunan dan kekuatan sektor peruncitan yang kukuh.

Kerjasama ini menyaksikan kelahiran Circle K (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat yang berdaftar di Malaysia yang akan memainkan peranan pemegang francais induk dari Circle K Stores Inc (America) di Malaysia.

Mofaz akan memegang 70 peratus saham syarikat. Circle K Sunkus mempunyai pengalaman 30 tahun membangunkan lebih 6,000 kedai di bawah penjenamaan Circle K Sunkus di Jepun.

No comments: