Sunday, November 11, 2012

Malaysia Perlu Lebih Banyak PKS Berdaya Saing, Berketahanan, Kata Mustapa

Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing dan berketahanan kerana ia ramuan penting bagi pertumbuhan ekonomi mampan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=708539
Published: November 11, 2012

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/perlu-lebih-banyak-pks-berdaya-saing-1.102767
Published: November 11, 2012

mustapa_mohamed
  Datuk Seri Mustapa Mohamed.
 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PKS juga penting kepada pembinaan negara yang menjadi sebab penting menggerakkan agenda PKS.

“Dengan mempunyai sokongan bentuk massa kumpulan PKS yang boleh diharapkan atau pembekal adalah kunci kepada kejayaan syarikat besar dan syarikat multinasional (MNC), kerana secara bersama, mereka menyediakan denyutan negara ini,” katanya.

Mustapa menekankan demikian pada majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2012.

Katanya, syarikat besar dan MNC sangat bergantung kepada PKS kerana mereka menjadi satu rantaian bekalan yang besar dan tanpa salah satu daripada mereka, negara tidak akan mempunyai ekonomi yang cergas dan makmur yang menyediakan pertumbuhan dalam negara.

Mustapa berkata, PKS merupakan kira-kira 97 peratus daripada syarikat perniagaan di negara ini dan menyumbang 32.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"PKS juga ambil kerja 59 peratus daripada tenaga kerja Malaysia dan dijangka meningkat  62 peratus menjelang 2020," katanya.

Beliau juga meminta PKS supaya memberi fokus bagi pengukuhan produk dan perkhidmatan masing-masing bagi menembusi pasaran seberang laut.

“Kita akan terus memudahkan kemasukan anda, melalui pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang melibatkan Malaysia pada peringkat dua hala dan serantau,” katanya. - Bernama 

No comments: