Friday, November 9, 2012

PKS Berhadapan Cabaran Dapatkan Perniagaan

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan perniagaan kerana sistem pembelian, penggunaan dan menguruskan keselamatan kini kian rumit.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=708013
Published: November 09, 2012

Pengarah Jualan Strategik Symantec Corp (Asia Pasifik dan Jepun), Avinash Lotke berkata PKS merupakan bahagian penting rantaian bekalan dalam persekitaran perniagaan hari ini, mengendalikan maklumat bernilai dan kerap memproses data penting para pengguna.

"Sementara PKS menyatakan kerugian data dan serangan siber sebagai risiko perniagaan yang utama, mereka masih lagi berhadapan dengan cabaran mendapatkan perniagaan kerana segalanya semakin rumit sekarang ini (sistem membeli, mengguna dan menguruskan sistem keselamatan)," kata beliau pada majlis pelancaran perisian edisi 2013 "Endpoint Protection Small Business" untuk PKS di sini Khamis.

Ketua Symantec untuk pemasaran produk SMB (Asia Pasifik dan Jepun), Philip Routley berkata produk ini akan membolehkan SMB melindungi maklumat dengan pantas dan mudah dengan menghapuskan kerumitan dalam persekitaran mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Symantec berkata perkhidmatan yang diuruskan awan dan pengurusan premis biasa dalam satu produk akan memberikan PKS kebebasan untuk bergerak dengan lebih mudah ke awan apabila ianya telah tersedia tanpa menambah sebarang kerumitan kepada persekitaran mereka.

-- BERNAMA 

No comments: