Thursday, September 27, 2012

Harap elaun ubah suai kedai

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Harapelaunubahsuaikedai/Article/index_html

Published: September 27, 2012

PERSATUAN Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) meminta kerajaan memperkenalkan elaun ubah suai dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan esok.

Presidennya, Datuk Nelson Kwok berkata, elaun itu boleh membantu mengurangkan beban pengusaha pusat beli-belah yang perlu terus menaik taraf premis mereka supaya mengikut peredaran masa. “Bagi setiap dua hingga tiga tahun, peruncit perlu mengubah suai kedai mereka untuk menarik pelanggan dan pelancong.

“Kerja ubah suai bagi setiap kedai akan menelan kos RM10,000 hingga RM50, 000 bergantung kepada saiz dan lokasi pusat beli-belah itu,” katanya di Kuala Lumpur. Mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Kwok mencadangkan supaya GST dipungut bagi hanya barangan serta perkhidmatan tertentu dan daripada orang yang berada dalam golongan cukai terpilih. — Bernama

No comments: