Saturday, November 10, 2012

PKS setanding syarikat korporat

PETALING JAYA - Peningkatan jumlah syarikat Bumiputera sejak akhir-akhir ini membuka ruang kepada mereka terokai pasaran global. SME Corp Malaysia menyasarkan bilangan syarikat ini akan terus meningkat memandangkan Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ini mempunyai keupayaan setanding syarikat korporat lain serta mempunyai empayar dalam pasaran domestik.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pks-setanding-syarikat-korporat-1.102542
Published: November 10, 2012

PKS setanding syarikat korporat
Hafsah (dua kiri) bergambar bersama wakil daripada 10 syarikat terbaik Anugerah E50 2012.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, sebanyak 1,673 peserta dan 511 alumni syarikat berjaya diwujudkan. 

Menurutnya, SME Corp akan terus memberi tumpuan dan pengiktirafan kepada syarikat Bumiputera untuk merebut tempat dalam kalangan syarikat yang kukuh.

“SME Corp jangka lebih banyak penyertaan dalam anugerah E50 pada masa hadapan.Dengan peningkatan 210 peratus, saya pasti syarikat PKS khususnya Bumiputera dapat menempatkan diri dan jadi syarikat disegani,” katanya selepas majlis pengumuman pemenang SME Corp Anugerah E50, di sini, semalam.

“Penyertaan kali ini menerusi jemputan.Lebih 400 syarikat dinilai di bawah Penarafan Kompetitif PKS untuk Peningkatan (skor).

“Syarikat memperoleh kedudukan tertinggi iaitu melebihi empat bintang dan ke atas dijemput menyertai Anugerah E50 ini,” katanya.

Katanya, Deloitte Malaysia bertindak sebagai penilai serta melalui prosedur yang ketat demi melahirkan syarikat Bumiputera yang baik.

“SME Corp adalah landasan kepada syarikat Bumiputera melonjak diri kepada pasaran eksport.

Dengan kualiti terbaik, syarikat ini mampu bersaing di peringkat lebih besar,” katanya.

Dalam pada itu, Hafsah berpuas hati dengan penyertaan syarikat untuk Anugerah E50 tahun ini di mana ia dikuasai sektor pembuatanyang menyumbang 40 peratus daripada pencalonan.

Anugerah E50 dianjurkan SME Corp Malaysia bersama Deloitte Malaysia, dengan sokongan RHB Bank Bhd, TM Bhd, Business Times, Media Prima Bhd dan SME Malaysia.  

No comments: