Thursday, November 22, 2012

Jadi usahawan spa bergerak

SIXTYNINEZ Integrated (M) Sdn Bhd yang memiliki produk berjenama Zarraz Paramedical menyasarkan lebih ramai wanita terutamanya ibu tunggal dan suri rumah menyertai Program Usahawan Zarraz yang disifatkan mampu membantu golongan terbabit menjana pendapatan lumayan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadiusahawanspabergerak/Article/index_html
Published: November 22, 2012

Pengasas Zarraz Paramedical, Fatimatul Zaharah Abdul Mazlan berkata, ketika ini seramai 30 usahawan berjaya dilahirkan melalui program berkenaan di sekitar Lembah Klang sejak dilaksanakan pada Oktober lalu dan syarikat dalam usaha meluaskan lagi program terbabit ke kawasan luar bandar di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Beliau berkata, program keusahawanan itu memberi peluang kepada golongan berkenaan menjana pendapatan sehingga RM7,000 sebulan dengan menjalankan perkhidmatan spa bergerak menggunakan produk kecantikan Zarraz Paramedical.

“Dengan modal antara RM1,500 dan RM2,000, peserta akan dibekalkan dengan set spa bergerak serta diberi tunjuk ajar mengenai asas spa sebelum mereka boleh menjalankan perkhidmatan ini dari rumah ke rumah atau di rumah sendiri.

“Mereka juga akan dipantau selama enam bulan, malah diberikan sijil yang diluluskan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK),” katanya ketika ditemui di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, sejak dilancarkan enam bulan lalu, produk Zarraz Paramedical kini mempunyai 30 stokis di seluruh Semenanjung dan sedang giat mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan produk berkenaan.

Katanya, ketika ini terdapat 11 produk kecantikan termasuk tiga produk utama iaitu Essence Sebum Gel, Sun Protection SPF50 dan Stem Cell Serum yang dihasilkan sendiri melalui kajian selama empat tahun serta tidak menggunakan sebarang bahan kimia sebaliknya daripada pati buah-buahan selain tiga jenis bunga iaitu lili putih, freesia dan kemboja.

No comments: