Tuesday, November 27, 2012

Pikat 1,000 pengedar

USAHA Sepakat Resources (Usaha Sepakat Resources), pengedar sah produk kesihatan berasaskan tongkat ali, Nu-Prep 100 mengunjurkan jualan sehingga RM300,000 menjelang akhir tahun ini bersandarkan sambutan yang diterima daripada pengguna yang dilihat amat menggalakkan berserta strategi pemasaran yang efektif.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pikat1_000pengedar/Article/index_html
Published: November 27, 2012

Nu-Prep 100 ialah produk kesihatan berasaskan herba tongkat ali yang melalui kajian klinikal serta mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak apabila ia mampu membantu memulihkan tenaga serta menguatkan stamina penggunanya.

Penasihatnya, Zulkarnain Md Khamis berkata, sehubungan dengan unjuran itu, pihaknya menyasarkan kira-kira 1,000 pengedar produk berkenaan di seluruh negara yang akan dapat membantu sasaran itu dicapai. Menurut Zulkarnain, produk Nu-Prep 100 bukan saja dapat membantu orang ramai menjaga kesihatan serta mengembalikan semula tenaga mereka, malah ia memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat.

“Produk ini sudah lama berada di pasaran Malaysia dan sambutan diterima sangat menggalakkan. Kita juga menerima pertanyaan daripada peniaga asing menerusi pelbagai pameran perniagaan yang disertai.

“Walaupun produk ini berasaskan tongkat ali, tetapi ia sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan perempuan kerana kepelbagaian khasiatnya termasuk membantu mengurangkan kesakitan ketika seseorang wanita sedang haid,” katanya ketika ditemui, di sini.

No comments: