Friday, November 23, 2012

Masih kurang syarikat tempatan di Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Iskandar Malaysia Negeri Johor (DPI) mendakwa masih kurang penyertaan usahawan tempatan, terutamanya dari negeri itu dalam pembangunan Iskandar Malaysia.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121123/ek_03/Masih-kurang-syarikat-tempatan-di-Iskandar-Malaysia
Published: November 23, 2012

Presidennya, Md. Salikon Sarpin berkata, setakat ini DPI masih tertanya-tanya tentang penyertaan usahawan tempatan dalam pembangunan pesat di koridor ekonomi itu kerana kurangnya program keusahawan yang konsisten dan kompetitif.

“Aspek penglibatan usahawan tempatan khususnya di kalangan bumiputera adalah penting agar pembangunan koridor ini tidak hanya membabitkan pelabur asing.

“Saya ingin tahu sekiranya Iskandar Malaysia mempunyai Blueprint dalam perkara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Industri Minyak dan Gas DPI, Ibrahim Lazim berkata, mesyuarat agung tahunan ketiga yang diadakan pada 30 Oktober lalu turut membincangkan peluang penglibatan usahawan tempatan dalam bidang minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi. ...

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah

No comments: