Friday, November 30, 2012

Modal Insan Main Peranan Penting Dalam Kemajuan Ekonomi, Masyarakat, Kata Yee

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Modal insan memainkan peranan penting di dalam kemajuan ekonomi dan masyarakat kerana tanpanya tiada apa akan dapat dilaksanakan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712552
Published: November 30, 2012

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai berkata "kita tidak boleh menyifatkan manusia sebagai satu lagi sumber."

"Kedudukan dalam sesuatu badan hanya bermakna kedudukan itu. Ia hanya mencerminkan hakikat bahawa lebih tinggi kedudukan anda pada kedudukan itu, anda berada pada kedudukan lebih baik."

"Kebiasaannya, idea cemerlang datang dari sumber yang paling kurang dijangka, iaitu dari kumpulan bawahan, pekerja am dan petugas kaunter dan secara asasnya, golongan akar umbi."

"Sebabnya mudah sahaja. Terdapat orang yang kebiasaannya sentiasa berdampingan dengan realiti dan mereka membentuk majoriti masyarakat," katanya semasa melancarkan Sidang Kemuncak Hari Keusahawanan Sabah (SEeD) di 1Borneo, Likas, dekat sini Khamis.

-- BERNAMA 

No comments: