Monday, November 5, 2012

46 francaisor berjaya mengembangkan perniagaan ke lebih 50 negara

BANGI - Program dan inisiatif kerajaan dalam pembangunan francais berjaya membantu 46 francaisor tempatan mengembangkan jenama francais ke lebih 50 buah negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/46-francaisor-berjaya-mengembangkan-perniagaan-ke-lebih-50-negara-1.100786
Published: November 05, 2012

Beliau berkata jumlah keseluruhan kedai francais di luar negara pula telah mencecah sebanyak 1,413.
  
"Usaha akan terus dipergiatkan bagi memastikan jumlah itu akan terus meningkat dan kerajaan akan terus menyokong dengan menyediakan pelbagai dana," katanya semasa berucap pada majlis pembukaan pusat kecantikan francais ELV Wellness di sini hari ini.
  
Selain itu, katanya kerajaan akan mengalakkan lebih banyak pakej francais berskala mikro bagi memberi peluang kepada bakal usahawan berpendapatan rendah dan sederhana menceburi bidang itu.
  
"Sehingga kini sebanyak 60 francaisor telah menghasilkan  pakej francais mikro. Menerusi francais mikro ini, jika berusaha gigih membolehkan mereka berkembang menjadi francaisi pula," katanya.
  
Ismail Sabri berkata berdasarkan laporan daripada francaisor, sehingga kini sebanyak 5,580 francaisi berjaya diwujudkan dan jumlah sebenar francaisi dijangka dapat diketahui apabila pindaan Akta Francais 1998 dikuatkuasa pada 1 Jan depan. - Bernama

No comments: