Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PKSnadiekonomi/Article/index_html
Published: November 12, 2012
NOBAT USAHAWAN...Mustapa (kiri) bersama pemenang
pada majlis Anugerah Enterprise 50 2012 di Petaling Jaya.
“Dengan mempunyai sokongan bentuk massa kumpulan PKS yang boleh diharapkan atau pembekal, ia adalah punca kepada kejayaan syarikat besar dan syarikat multinasional (MNC) kerana mereka bersama-sama menyediakan denyutan kepada ekonomi negara ini.
“Syarikat besar dan MNC juga sangat bergantung kepada PKS kerana mereka menjadi satu rantaian bekalan yang besar serta tanpa salah satu daripada mereka, negara tidak akan mempunyai ekonomi yang cergas dan makmur untuk menyediakan pertumbuhan di dalam negara,” katanya dalam ucaptama pada majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2012 di Petaling Jaya.
Menurutnya, PKS adalah kira-kira 97 peratus daripada syarikat perniagaan di negara ini dan menyumbang 32.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Mustapa berkata, PKS juga menggunakan 59 peratus daripada tenaga kerja Malaysia dengan jumlah itu dijangka meningkat kepada 62 peratus menjelang 2020 dan PKS diseru untuk memberi fokus bagi pengukuhan produk serta perkhidmatan masing-masing bagi menembusi pasaran seberang laut. “Kita akan terus memudahkan kemasukan anda, melalui pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang membabitkan Malaysia pada peringkat dua hala dan serantau,” katanya.
No comments:
Post a Comment