Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/uob-terus-melabur-bantu-peniaga-kecil-1.101271
Published: November 07, 2012
Raymond Chui
Ketua Perbankan Perniagaannya, Raymond Chui berkata, UOB akan memantapkan perkhidmatan dan mengukuhkan sokongan peniaga kecil.
Menurutnya, selaras dengan permintaan pembiayaan itu, ia dijangka meningkatkan perebutan peluang diwujudkan pembangunan ekonomi Asia Tenggara.
“Syarikat sedang mengembangkan pasukan pakar perniagaan kecil di Malaysia bagi membantu pelanggan mengoptimumkan kesempatan diwujudkan daripada inisiatif transformasi ekonomi negara serta pertumbuhan dagangan serantau.
“Kami memahami keperluan pemilik perniagaan kecil bagi membuat keputusan dengan pantas dan menyokong supaya memudahkan akses pembiayaan serta membantu menguruskan perniagaan juga modal aset lebih cekap,” katanya.
Raymond berkata, berikutan Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan kerajaan Malaysia, perbelanjaan kerajaan dalam sektor infrastruktur serta kemudahan awam pasti meningkat.
Katanya, secara tidak langsung ia akan mewujudkan banyak peluang perniagaan kepada peniaga kecil dan dapat menyokong usaha mereka meraih keuntungan daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
No comments:
Post a Comment