Friday, November 23, 2012

Tambahan RM20 Juta Untuk CIP Tahun Depan

CRADLE Fund Sdn Bhd (Cradle) agensi di bawah Kementerian Kewangan yang mengurus dana kepada usahawan teknologi maklumat dijangka menerima dana tambahan berjumlah RM20 juta daripada kerajaan tahun depan. Bagi tempoh dari 2003 sehingga kini, Cradle sudah menerima dana kerajaan sebanyak RM145 juta bagi membantu usahawan teknologi maklumat untuk membina perniagaan yang berpotensi dalam sektor ekonomi.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DanatambahanCradle/Article/index_html
Published: November 23, 2012

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=710922
Published: November 23, 2012

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazrin Hassan berkata, penambahan dana itu dapat memberi manfaat kepada pihaknya membantu golongan usahawan yang mempunyai idea bernas serta berpotensi dalam memajukan ekonomi negara.

Beliau berkata, menerusi Program CIP 500, sejumlah 15 syarikat tempatan yang memohon untuk memperoleh dana daripada Cradle sudah diluluskan bernilai kira-kira RM6.4 juta manakala sebanyak 480 idea pula diterima bagi tempoh dari 2003 hingga 31 Oktober 2012.

“Malaysia mempunyai potensi besar untuk menambah bilangan usahawan teknologi kerana melihat kepada angka penerimaan idea sejak 2003, ia sangat memberangsangkan dan berupaya bagi menghasilkan produk pasaran komersial.

“Selain itu, kami juga menganjurkan program membantu usahawan teknologi bagi menguruskan perniagaan mereka antaranya program peningkatan dan bimbingan, Coach and Grow Programme (CGP) yang disertai pelbagai pemain industri teknologi antaranya teknologi kesihatan, ICT dan teknologi hijau,” katanya pada majlis sambutan tahun pertama CGP di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Ranjit Ajit Singh.

Sejak CGP dilancarkan, Cradle melatih 570 usahawan dalam peringkat pertama dan 420 usahawan dalam peringkat kedua.

No comments: