Sunday, November 25, 2012

Kerajaan Akan Perkenal Format Baharu Ekspo Beli Barangan Malaysia - Rohani

MIRI, 25 Nov (Bernama) -- Ekspo Beli Barangan Malaysia, yang mencatat kejayaan sejak pertama kali diadakan pada 2009, akan menggunakan format baharu pada tahun hadapan yang memberi fokus kepada lokasi dan jenis barangan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=711371
Published: November 25, 2012

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim berkata berdasarkan maklum balas yang diterima daripada peserta dan pelanggan, penganjuran ekspo yang diadakan di seluruh negara ini perlu berdasarkan permintaan pasaran dan lokasi strategik.

"Pertama, kami sedang melihat kemungkinan mengadakannya di beberapa lokasi di sesuatu bandar atau bandar raya, bukan di sebuah lokasi sahaja seperti yang dilakukan selama ini," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Beli Barangan Malaysia Sarawak selama tiga hari, di sini, Ahad.

Beliau berkata rasional di sebalik mengadakannya di beberapa lokasi ialah untuk menarik pelanggan dari negara jiran mengunjungi ekspo itu sekiranya ia diadakan berhampiran dengan lokasi mereka.

"Kedua, selepas mengenal pasti lokasi strategik, kami akan fokus kepada produk bitara tertentu yang tidak dilakukan sebelum ini, seperti pakaian dan pengusaha francais," katanya.

-- BERNAMA

No comments: