Thursday, October 4, 2012

WEDP sasar lahir 200 pengeksport wanita

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121004/ek_05/WEDP-sasar-lahir-200-pengeksport-wanita

Published: October 04, 2012

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) dijangka mampu mencapai sasaran melahirkan 200 pengeksport wanita pada 2015.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sehingga kini seramai 80 usahawan wanita telah dilahirkan di bawah program itu, dengan sasaran melahirkan 24 pengeksport wanita setahun sejak 2003.

Katanya, sasaran ini dapat dicapai menerusi program-program yang giat dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan terbaru, pelancaran direktori eksport usahawan wanita.

"Ini akan dapat meluaskan lagi cabang perniagaan mereka terutama melalui pemadanan perniagaan.
"Direktori ini juga akan menjadi sumber rujukan kepada usahawan lain terutama dari luar negara untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dan sumber daripada mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran direktori itu disini hari ini.

Direktori tersebut memaparkan 172 syarikat yang dimiliki oleh usahawan wanita yang berjaya ke pasaran antarabangsa termasuk 52 syarikat yang berjaya melalui program WEDP.
Turut hadir ialah Presiden Peniagawati, Datuk Azlin Ahmad Shaharbi.
Katanya lagi, usahawan wanita dari Asia Barat dan Afrika berminat untuk menjalinkan perniagaan dengan usahawan wanita di negara ini dan direktori itu akan membantu meningkatkan lagi jaringan perniagaan mereka.

Jelasnya, kini 19.7 peratus usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS ) merupakan golongan wanita dan majoriti 91.7 peratus daripada semua penyertaan mereka secara keseluruhan sebagai PKS.
"Ini diikuti oleh pembuatan pada 6.9 peratus dalam pembinaan, perladangan atau perlombongan.
"Oleh itu, saya menggalakkan penyertaan usahawan wanita untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada pertumbuhan eksport negara," katanya

No comments: