Friday, October 5, 2012

Kaspersky intai usahawan SoHo

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KasperskyintaiusahawanSoHo/Article/index_html

Published: October 05, 2012

KASPERSKY Lab (M) Sdn Bhd (Kaspersky)(www.kaspersky-sea.com), peneraju kandungan selamat dan penyelesaian antivirus mengunjurkan jualan 25 peratus daripada kalangan usahawan pejabat kecil, pejabat rumah (SoHo) bagi produk barunya, Kaspersky Small Office Security versi kedua (KSOS 2).

Pengarah Bahagian Jualan Asia Tenggara, Jimmy Fong berkata, KSOS 2 menyokong operasi keselamatan sistem pengkomputeran untuk syarikat kecil bermula lima hingga maksimum 25 pengguna.

“Di Malaysia, 77 peratus daripada 662,000 penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah usahawan SoHo dan mereka sangat memerlukan sistem keselamatan komprehensif untuk melindungi data syarikat daripada sebarang ancaman siber.

“Berbeza daripada versi pertama, KSOS 2 menyediakan kawalan lebih teratur dan senang diurus dari satu stesen kawalan serta dilengkapi perlindungan kata laluan,” katanya pada majlis pengenalan produk itu di Petaling Jaya semalam. Jelasnya, KSOS 2 turut menawarkan kelebihan sokongan data fleksibel, fungsi enkripsi ketika pemindahan data melalui e-mel dan pemacu USB serta mudah digunakan tanpa memerlukan latihan terperinci.

Pek KSOS 2 kini ditawarkan pengedar K-Now dalam lima variasi iaitu lima pengguna dan satu lesen pelayan, 10 pengguna dan satu lesen pelayan, 15 pengguna dan dua lesen pelayan serta 25 pengguna dan tiga lesen pelayan pada harga bermula RM750 hingga RM2,470 untuk tempoh setahun.

No comments: