Thursday, November 1, 2012

Modul Keusahawanan Baru Kolej Komuniti Dibuka Kepada Masyarakat Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Modul Keusahawanan baru akan dilaksanakan di Kolej Komuniti seluruh negara dan pengajiannya akan dibuka kepada masyarakat awam mulai Januari tahun depan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706076
Published: November 01, 2012

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata modul yang mempunyai tempoh pengajian tiga bulan itu dirangka secara efektif dengan sistem pembelajaran yang lebih sistematik dan berkesan.

Beliau berkata masyarakat awam yang mengikuti modul itu juga akan diiktiraf sebagai penuntut kolej komuniti dan mempunyai akses serta kelayakan yang sama dengan pelajarnya.

"Kita perlukan lebih ramai rakyat kita untuk terlibat dalam keusahawanan, kita mahu usahawan yang mempunyai pemikiran yang kritikal, inovatif dan kreatif, dan ini boleh dilakukan melalui pendekatan kita mendedahkan mereka kepada pendidikan keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keusahawanan Kebangsaan Kolej Komuniti 2012 dan modul baru itu di PWTC Rabu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Amir Md Noor.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata kajian berkaitan persepsi, niat dan sikap masyarakat terhadap bidang keusahawanan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) di 54 negara tahun lepas mendapati Malaysia mempunyai skor agak rendah iaitu 8.7 peratus berbanding China (42.8 peratus).

-- BERNAMA

No comments: